Friday, October 24, 2008

BAB SURAH UMMUL QURAN..





1)IMAM A`SIM dan KISAE menetapkan “alif” pada lafaz (ملك يوم الدين)
-BAKI QURA yang lain membaca dengan membuang huruf “alif” pada kalimah (ملك)

2)Pada lafaz (سراط) dan (السراط) terdapat tiga khilaf:-

- QUNBUL AN-IBNU KASIR membaca “sin” pada lafaz(سراط) dan (السراط) seperti yang
terdapat dalam bait yang prtama.

- KHOLAF membaca ishmam pada huruf “shod” seperti bunyi “zai” sebagaimana huruf”dzho”
yang dibaca oleh orang awam pada (سراط) & (السراط).

- KHALLAD hanya membaca dengan ishmam pada lafaz “as-shirot” yang pertama sahaja
seperti rawi kholaf.Manakala pada lafaz “shirot”,khalad membaca tanpa ishmam sepert
baki qura`.

3)IMAM HAMZAH mendhomahkan huruf “ha” pada 3 kalimah dibawah samada ketika wasal dan
wakaf:

-alaihum: غير مغضوب عليهم
-iilaihum:مرسلة إليهم
-ladaihum:وما كنت لديهم

-BAKI QURRA` membaca pada 3 lafaz tersebur samada dengan mengkasrah huruf “ha”.

4)MAZHAB QURRA` MIM JAMA` ADALAH SEPERTI BERIKUT:

- IBNU KASIR silah mim jama` dengan kadar dua harkat.
- Dalil:وصل ضم ميم الجمع قبل محارك دراك

- QALUN terdapat khilaf pada pada shilah mim jama` shilah dan sukun:
- Apabila ketika wasal kadar panjang mim jama` ialah 2 harkat.
- Melainkan apabila selepas mim jama` terdapat “hamzah qotho” membaca dengan kadar 2
dan 4 harakat.
- Dalil:وقلون بتخييره جلا

- WARSH shilah dengan kadar 6 harkat ketika wasal sahaja,tetapi dengan syarat selepas
mim jama` terdapat “hamzah qotho`”

- BAKI QURRA`mensukun mim jama` selepasnya huruf berbaris qaulan wahidan ketika wasal.
apabila “mim jama`” sebelum daripada huruf sukun ,semua qura` mendhommahkan “mim
dan ketika wasal dibaca tanpa shilah iaitu tanpa mad.

5)apabila datang huruf “mim” sebelum sukun dan sebelum itu huruf ha' dan sebelum huruf
ha' itu huruf “ya sukun” atau huruf yang berbaris kasrah adalah seperti berikut:-

- ABU AMRU AL-MASYAR dengan kasrah ‘MIM’ mengikut baris kasrah pada hurf “ha”.
- HAMZAH dan KISAIE membaca dengan mendhommahkan huruf “ha” dan “mim”
- BAKI QURA` membaca dengan kasrah “ha” dan mendhommahkan huruf “mim”.
- ketika wasal semua qura menkasrahkan “ha” dan mensukunkan “mim” melainkan hamzah
pada kalimah:

-بهم الأسباب
يوفهم الله-
يوم يأتهم العذاب-

Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah
bersabda:” Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat
menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran.”



DISEDIAKAN OLEH:NOR AKIDAH BT ISA

No comments:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...