Friday, October 24, 2008

BAB IDGHAM KABIR..

( باب الادغام الكبير)

Idgham terbahagi kepada 2 :

-Soghir(apabila huruf pertama sukun dan yang kedua berbaris).
-Kabir (apabila 2 huruf berbaris.)

• Bacaan Idgham Kabir hanya diriwayatkan dan dibaca oleh SUSI SAHAJA dan TIDAK DIBACA oleh DURI.

Hanya membaca Idgham Kabir yang terdapat 2 huruf yang sama didalam 1 kalimah pada 2 tempat sahaja di dalam al-Quran.

• Susi membaca Idgham Kabir apabila bertemu 2 huruf yang sama (mislain) dalam 2 kalimah.

Jika sekiranya pada kalimah yang pertama itu ada huruf Mad Asli atau Mad Lin, maka dibolehkan untuk membaca dengan 3 cara iaitu :
1. 2 harkat
2. 4 harkat atau
3. 6 harkat
**Seperti cara membaca Mad Aridh Lisukun.

• Susi tidak membaca dengan Idgham Kabir pada 4 perkara berikut:
• Susi juga membaca Idgham Kabir apabila bertemu huruf yang sama makhrajnya
(Mutajanisain) dan huruf yang berdekatan (mutaqarribain) dalam 2 kalimah
• Susi tidak membaca dengan Idgham Kabir Mutajanisain dan Mutaqarribain pada empat
perkara berikut:

1)jika huruf pertama di dalam 2 kalimah berbaris tanwin.
2)jika huruf pertama di dalam 2 kalimah adalah huruf ta' khitob.
3)jika huruf pertama di dalam 2 kalimah majzum.
4)jika huruf pertama di dalam 2 kalimah bertashdid.



DISEDIAKAN OLEH:NOR FITRAH BT ISHAK

No comments:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...