Saturday, October 25, 2008

BAB WAQAF DI AKHIR KALIMAH..

1)Waqaf pada bahasa ialah menahannya dari berjalan.

2)Waqaf pada istilah pula ialah memutuskan suara dari bacaan seketika sama ada untuk
bernafas padanya, dengan tujuan untuk meneruskan bacaan.

3)Pada asalnya,waqaf terjadi dengan menyukunkan huruf yang akan diwaqafkan
padanya.Selepas disukunkan maka hilanglah baris yang ada padanya.

4)Dan bagi Abu Amru dan Kufi( A’sim,Hamzah dan Kisae ): mazhab yang baik pada
memperelokkan waqaf nya dengan Raum dan Isymam,akan tetapi mereka juga
menggunakan waqaf dengan sukun seperti asalnya.

5)Kebanyakan pendapat ulama’mengatakan Qura’ yang lain menggunakan Raum dan Isymam
dengan pilihan iaitu Nafi’,Ibnu Kathir dan Ibnu Amir.

*Raum bermaksud melemahkan suara pada huruf yang berbaris kasroh dan dommah sehingga
hilang harakat yang asal,pada kadar 1/3 dari suara.

*Isymam pula bermaksud memuncungkan dua bibir mulut selepas menyebut huruf yang
akhir pada kalimah tanpa bersuara pada huruf yang berbaris dommah sahaja.

6)Pendapat ulama’ mengatakan Raum terjadi pada kalimah yang mazmumah, marfu'ah,
majrurah dan maksurah.Manakala Isymam hanya pada mazmumah dan marfu'ah.

7)Semua Qura’ tidak harus manggunakan Raum dan Isymam pada kalimah maftuhah dan
mansubah,akan tetapi pendapat Imam Nawawi membolehkan penggunaan Raum dan Isymam
ketika dommah,fathah dan kasroh.Walau bagaimanapun pendapat ini tidak di ambil
oleh mana-mana Qura’.



DISEDIAKAN OLEH:SAIDATUL HAMIMAH BT UMAR

No comments:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...