-Qurra' yang terlibat dalam bab ini ialah kholaf.
-Riwayat kholaf akan membaca idgham tanpa dengung pada huruf nun yang mati @ tanwin apabila bertemu dengan huruf WAU dan YA.
Contoh: وجوه يومئذ, ولي ولا , من يعمل
Dalil as-Syatibi:
وكل بينموا أدغموا مع غنة وفى الواو والياء (دونها خلف) تلا
-Syarat mengidghamkan nun sakinah,mestilah berada dalam dua kalimah. Tetapi sekiranya ia dihimpunkan dalam satu kalimah ia wajib diizharkan.Izhar tersebut dinamakan sebagai Izhar Mutlak.
-Dalam al-Quran kalimah Izhar Mutlak mempunyai empat iaitu:
صنوان ,قنوان , دنيا , بنيان
DISEDIAKAN OLEH:SAIDATUL HAMIMAH BT UMAR
No comments:
Post a Comment