Thursday, February 9, 2012

MUQADDIMAH ILMU FAWASIL IJAZAH..

المقدمة

ü فيقول العبد الفقير إلى لطف ربه الغنى .

ü عبد الفتاح بن عبدالغنى القاضى لتبا .

ü الدمهورى بلد.

الفاصلة

هى اخر كلمة فى ا لأية.

طرق معرفة الفواصل :-

١) مساواة الأية لما تبها وما بعدها طولا وقصرا.

۲) مشاكلة الفاصلة لغيرها مما هو معها فى السورة فى الحرف الأخير منها أو فيما قبله.

۳) الاتفاق على عد نظائرها فى القرآن الكريم.

٤) انقطاع الكلام عندها.

فوائد معرفة الفواصل

١) يحتاج لمعرفة الفواصل لصحة الصلاة.

۲) يحتاج إليها للحصول على الأخر الموعود به على قراءة عدد معين من الآيات فى الصلاة.

۳) كون هذه المعرفة سببا لنيل الأجر الموعد به على تعلم عدد مخصوص من الآيات أو قراءتعند النون مثلا.

٤) الاحتياج إلى هذا الفن فى معرفة ما يسن قراءته بعد الفاتحة فى الصلاة.

٥) اعتباره لصحة الخطبة فقد أو جبوا فيها قراءة آية تامة.

٦) اعتبار هذا الفن فى باب الإمالة فإن من القراء من يوجب إمالة رءوس آى سور خاصة كرءوس آى السور الآتية ، طه، والنجم، الأعل، الشمس، الضحى، العلق، فإن ورشا وأبا عمرو يقللان رءوس آى هذا السو قولا واحد.



علماء العداد


هم سبعة على المشهور :-


v ( نافع )

- نافع عن شيخة أبى جعفر- يزيد بن القعقاع- شيبة بن نصاح.

- ورش عن نافع عن شيخه

v فى رواية أهل البصرة عن ورش عن نافع عن شيخية عدد آى القرآن 6214.

v وعدد آى القرآن فى رواية أهل الكوفة عن أهل المدينة 6217.

v وفى الإمام الشاطبى روايته تبع فى ذلك الإمام الدانى 6217.

المدنى الأخير


v ( ابو جعفر )

v هو ما يروية إسماعيل بن جعفر عن يزيد وشيبة بواسطة نقله عن سليمان بن جماز.

v وعدد آى القرآن عند، ٦۲١٤ .

العدد المكى


v ( ابن كشير )

v ما رواه الإمام الدانى بسنده إلى عبدالله بن كثير القارئ عن مجاهد بن جبير عن ابن عباس عن أبى بن كعب عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

العدد البصرى


v ( عاصم )

v هو مايروية عطاء بن يسار وعاصم المجحدرى.

v

العدد الدمشق

وعدد آى القرآن عنده ٦۲٠٤ .

v ( ابن عامر )

v هو مارواه يحي الذمارى عن عبدالله بن عامر اليحصبى عن أبى الدرداء.

v وعدد الآى فيه ٦۲۲٧ . وقيل ٦۲۲٦ .

العدد الحمصى


v هو ما أضيف إلى شريح بن يزيد الحمصى الحضرمى.

v وعدد الآى فيه ٦۲۳۲ .

العدد الكوفى


v هو مايروية حمزة وسفيان عن على بن أبى طالب رضى الله عنه.

v وعدد الآى القرآن فيه ٦۲۳٦ .

ULUM HADIS ()

BAB 1

PENGENALAN LATAR BELAKANG


1.1 : Imam Ali

1.1.1 : Nama Panggilannya.

Imam Ali r.a selain mempunyai nama kecil yang diberikan ibunya, iaitu “ Haidarah” (singa), setelah dewasa mempunyai beberapa nama panggilan. Ia dipanggiljuga dengan “Abu Hasan” dan “Abu Husain” yang masing-masing diambil dari nama puteranya, iaitu Hasan dan Husain. Ketika Rasulullah s.a.w masih hidup, Al-Hasan memanggil ayahnya “ Abu Husain” dan Al-Husain memenggil ayahnya “ Abu Hasan”.


Selain itu Imam Ali juga mempunyai nama panggilan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu “Abu Turab” ( abu bermaksud “Bapak” dan Turab bermaksud “ tanah, pasir atau debu” ).[1]


Penulis kitab “Al-Isti’ab” mengenengahkan sebuah riwayat, bahawa pada masa kekuasaan Mu’awiyah, penguasa Madinah yang bernama Sahl bin Sa’dan menerima perintah dari atasannya supaya memaki-maki Imam Ali dari atas mimbar di dalam masjid. Ia bertanya bagaimana sebaiknya menyebut nama Imam Ali. Oleh atasannya dijawab, sebut saja namanya Abu Turab! Sahl merasa keberatan, kerana ia tahu nama itu diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada Imam Ali. Untuk memperoleh pengertian yang jelas mengenai nama “Abu Turab” itu ia bertanya kepada Abul Abbas. Oleh Abul Abbas diterangkan sebagai berikut :


Pada suatu hari Imam Ali r.a keluar dari rumah meninggalkan isterinya, Fathimah Az-Zahrah bt Muhammad Rasulullah s.a.w menuju masjid Nabawi, lalu berbaring dia atas tanah tanpa alas ketika Rasulullah masuk ke dalam rumah puterinya. Beliau bertanya “ dimanakah suamimu?” Fathimah menjawab “ itu dia sedang berbaring di masjid “. Rasulullah kemudian mendatangi menantunya, Ali r.a tiba-tiba beliau melihat ia sedang berbaring diatas tanah dalam keadaan baju tertanggal dan punggungnya berlumuran tanah. Sambil membersihkan tanah dari punggung Ali beliau berkata “ Hai Abu Turab, bangunlah!” sejak itu Imam Ali tidak merasa mempunyai nama yang paling baik selain yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w itu.



1.1.2 : Tempat Lahir

Imam Ali r.a dilahirkan di dalam Ka’bah di kota Makkah. Demikianlah menurut kitab “ Al-Fushulul –Muhimmah[2]. Demikian juga menurud “ Murujudz-Dzahab”[3] dan menurut kitab “Irsyadul-Mufid” serta “As-Sirah Al-Halabiyah”[4]. Dalam kitab tersebut belakangan itu dikatakan, Imam Ali lahir di dalam Ka’bah, 30 tahun sesudah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Penulis kitab “Al-Mufid Fil-Irsyad” mengatakan “ Selain Imam Ali tidak ada orang yang lahir di Ka’bah, baik sebelum maupun sesudahnya. Hal ini merupakan kemuliaan yang dikurniakam Allah kepadanya.”


Di dalam kitab ”Syarh Al-Ainiyah”, Abdul Baqi mengatakan: “Kelahiran Imam Ali karramallahu wajhu didalam Ka’bah merupakan kejadian yang sngat terkenal di seluruh dunia Islam.”



1.1.3 : Tarikh Kelahiran

Mengenai hari kelahiran Imam Ali r.a berbagi sumber riwayat berbeda pendapat, tetapi sebahagian besarnya mengatakan bahwa ia lahir pada hari Juma’at pada tanggal 10 bulan Rejab.


Dalam kitab “ Al-Fushulul –Muhimmah” terdapat sebuah riwayat yang mengatakan, Imam Ali lahir pada malam Minggu tanggal 23 bulan Rejab.


Sumber riwayat lain mengatakan, Imam Ali lahir pada malam minggu tanggal 7 bulan Sya’ban, 30 tahun sesudah tahun Gajah. Akan tetapi ada juga riwayat yang mengatakan, ia lahir pada tanggal 29,30 tahun setelah kelahiran Muhammad Rasulullah s.a.w.


Di samping itu, sumber riwayat lain lagi mengatakan, Imam Ali lahir pada tanggal 28,12 tahun sebelum bi’tsah, namun ada juga yang, mengatakan 10 tahun sebelum bi’tsah.


Kitab “Al-Ishabah” menyebut, Imam Ali lahir pada tahun ke23 sebelum Hijrah, tetapi ada yang menyebut ia lahir pada tahun ke-25 sebelum Hijrah.[5]



1.2 : Gambaran Jasmani

Di dalam kitab “ Kasyful-Ghummah “ terdapat sebuah riwayat, bahawa penguasa daerah Mausil bernama Badruddin Lu’lu’ minta kepada beberapa orang ahli riwayat supaya mengemukakan Hadis- hadis shahih atau lainnya yang menerangkan keutamaan Imam Ali dan gambaran jasmaninya. Dalam menggambarkan jasmani Imam Ali mereka mereka mengutip dari sebuah kitab yang berjudul “Shiffin”, disamping menampung keterangan-keterangan yang pernah dinyatakan oleh Jabir r.a , putera Imam Ali sendiri Ibnul – Hanafiyah, dan lain-lain keterangan lagi sebagaimana termaktub di dalam kitab “Al-Isti’ab”.


Atas dasar sumber-sumber tersebut kami kemukakan gambaran jasmani Imam Ali r.a seperti di bawah ini :

Tubuh Imam Ali agak gemuk, bermata lebar, bundar, hitam, manis dan sayu. Alisnya tebal, raut mukanya amat menarik, berkulit coklat, banyak senyum. Bagian depan dan atas kepalanya tidak berambut, hanya pada bahagian belakangnya yang berambut tebal. Janggutnya yang tebal manghiasi dada. Ketuaan usianya tidak mengubah kekerasan urut-ururt lehernya. Ia berbabahu lebar, dan lengannya padat dengan urut-urut hingg pergelangan tangannya. Jari-jemarinya halus tetapi kuat, demikian pula lengan tangannya, sehingga orang tak akan dapat bernafas bila berada didalam kitingannya. Perutnya agak besar,pungunggnya kuat, dadanya lebar dan berambut. Semua bagian badannya serba besar, termasuk tulang-tulang kai dan tangannya. Pada saat berjalan ia tampak condong kedepan. Ia lincah, tangkas, pemberani dn selalu dapat mengalahkan lawan yang dihadapinya dalam peperangan. Al- Mughirah mengatakan, bahawa Iama Ali sedemikian keras dan kuat begaikan singa. Sekalipun demikian ia tampak menarik, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas : “ Aku belum pernah melihat orang yang mempunyai daya tarik seperti Ali.”



1.3 : Silsilah Imam Ali

1.3.1 : Ayahnya

Nama sebenar ayah Imam Ali ialah Abu Manaf, sedangkan nama “Abu Thalib” itu adalah nama panggilan yang diambil dari nama putera sulungnya, iaitu Thalib. (Kata “Abu” berarti Bapa dan “Thalib” adalah nama putera sulungnya)[6].


Abu Thalib adalah saudara kandung Abdullah, ayah Muhammad Rasulullah s.a.w. Dialah yang memelihara dan mengasuh Muhammad s.a.w di waktu kecil, kemudian setelah beliau besar dan dewasa, Abu Thalib juga yang membela, melindungi dan menjaga keselamatannya. Kecintaan Abu Thalib kepada beliau dapat kita ketahui dari salah satu pernyataannya kepada orang- orang Quraisy: “ Aku seolah-olah melihat, bahawa di kemudian hari semua orang Arab akan mengikhlaskan kecintaan dan kasih saying mereka kepadanya serta akan mempercayai kepimpinannya. Demi Allah, siapa yang mengikuti jejak langkahnya ia pasti akan menemukan jalan yang benar, dan siapa yang mengikuti petunjuk serta bimbingannya ia pasti selamat. Seandainya aku masih mempunyai sisa umur, semua rombongan yang mengganggu di ( Muhammad s.a.w ) pasti akan kuhentikan dan kucegah, dan ia pasti akan kuhindarkan dari setiap mara bahaya yang akan datang menimpanya.”


Banyak penulis sejarah Islam yang mengatakan,bahawa Abu Thalib sesungguhnya seorang muslim, tetapi ia merahsiakan keimanannya. Sebab jika ia menyatakan keimanannya secara terbuka, ia tidak akan dapat membela dan melindungi keselamatan Rasulullah s.a.w mengingatkan kedudukannya sebagai pemimpin Quraisy.[7]



1.3.2 : Ibundanya

Bunda Imam Ali r.a bernama Fathimah binti Asad bin Hasyim. Penulis kitab “ Al-Aghani” mengatakan, bahawa Fathimah binti Asad adalah wanita pertama dari Bani Hasyim yang nikah dengan lelaki dari Bani Hasyim, iaitu Abu Thalib bin abdul Mutthalib. Sebelum itu telah menjadi kebiasaan bagi lelaki bani Hasyim nikah dengan wanita Quraisy lain yang bukan keturunan Bani Hasyim.


Fathimah binti Asad adalah ibu dari semua putera abu Thalib. Bagi Muhammad Rasulullah s.a.w Fathimah binti Asad sama kedudukannya dengan bunda beliau sendiri, kerana dialah yang memelihara dan mengasuh beliau dari kecil hingga dewasa. Rasullah s.a.w sangat berterima kasih kepadanya dan memanggilnya dengan sebutan “bunda” bukan “bibi”. Isteri Abu Thalib itu memandang Muhammad Rasulullah s.a.w sejak kecil hingga dewasa sebagai anak yang patuh. Kerana itu ia lebih mengistimewakan beliau s.a.w daripada anak-anaknya sendiri. Banyak orang sering menyaksikan, disaat anak-anak Abu Thalib sendiri masih berambut kusut dan bermata rebek ( keran belum dimandikan), Muhammad s.a.w sudah kelihatan rapi rambutnya bersisir dan matanya bercelak. Dalam kitab “ Al-Mustadarak” Al- Hakim mengtengahkan sebuah riwayat berasal dari sumber yang dipercayai, bahawa Fathimah binti Asad seorang wanita yang sngat kuat pegangan agamanya, setelah memeluk Islam, kemudian turut berhijrah ke Madinah.[8]


Ketika Fathimah binti Asad wafat, Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya jenazahnya dikafankan dengan pakaian beliau sendiri. Bahkan beliau turut menggali liang kubur dan langsung turun ke dalam lahad, kemudian berbaring sejenak di samping jenazah bunda angkatnya. Dalam kitab “ Al-Mustadarak” Al- Hakim mengemukakan sebuah riwayat berasal dari Imam Ali r.a bahawa ketika Fathimah binti Asad wafat, Rasulullah s.a.w dalam sholat jenazahnya mengucapkan takbir sebanyak 70 kali.[9]


Anak pertama yang dilahirkan oleh Fathimah binti Asad ialah Thalib. Ia turut berperang di pihak kaum Musyrikin Quraisy dalam perang badarmelawan kaum Muslimin. Sejak itu Ia tidak dikenal lagi bagaimana nasibnya dan tidak ada berita lebih lanjut mengenai kehidupannya. Thalib mempunyai 3 orang adik lelaki, iaitu Aqil, Ja’far dan Ali. Usia mereka masing-masing 10 tahun. Adik perempuan mereka, puteri bongsu Abu Thalib terkenal dengan panggilan Ummu Hani dan nama aslinya ialah Fakhitah. Kerana yaha dan ibu merupakan suami isteri perta yang sama-sama berasal dari bani Hasyim, maka dengan sendirinya putera-puterinya pun anak-anak pertama dikalangan kaum Quraisy yang lahir dari dua orang suami isteri Bani Hasyim.



1.3.3 : Isteri-isterinya:

Isteri Imam Ali yang pertama ialah Fathimah Az-Zahra binti Muhammad Rasulullah s.a.w. Hingga isterinya yang pertama itu wafat, Imam Ali tidak mempunyai isteri lain. Sepeninggal Fathimah Az-Zahra r.a Imam Ali nikah dengan Umamah binti Abul-‘Ash, puteri Zainab binti Rasulullah s.a.w, kakak Fathimah Az-Zahra r.a. Imam Ali kemudian nikah berturut-turut dengan Ummul-Banin binti Haram bin Darim Al- Kilabiyah; dengan Laila binti Mas’ud bin Khalid An-Nahsyaliyah At-tamimiyah Ad-Daramiyah; dengan Asma binti ‘Umais Al-Khats’amiyah. Pada mulanya Asma adalah isteri Ja’far bin Abu Thalib, setelah Ja’far gugur dalam peperangan membela Islam, Asma dinikah oleh Abu Bakar Ash- Shiddiq r.a . Setelah Abu Bakar wafat, Asma dinikah oleh Imam Ali. Selanjutnya Imam Ali nikah lagi dengan Ummu Habib binti Rabi’ah At-Taghlibiyah. Dia adalah wanita tawanan perang yang jatuh ke tangan Khalid bin Al-Walid, dan setelah dimerdekakan ia dinikah oleh Imam Ali. Kemudian Imam Ali nikah lagi dengan Khaulah binti Ja’far bin Qais bin Maslamah Al-Hanafiyah. Konon wanita yang bernama Khaulah itu adalah anak perempuan Ayyas, bukan anak perempuan Ja’far bin Qais. Imam Ali nikah lagi dengan Ummu Sa’ad binti ‘Urwah bin Mas’ud Ats-Tsaqafiyah;dan yang terakhir ia nikah dengan Makhba’ah binti Imru’ul-Qais bin Adiy Al-Kalbiyah. Dengan jumlah isteri yang sebanyak itu Imam Ali tidak pernah hidup dengan lebih dari empat orang isteri dalam satu masa, kerana hal itu tidak diperkenankan dalam agama Islam.


1.3.4 : Putera-puteranya:

Al-Mas’udi di dalam “Murujudz-Dzahab” menyebut anak-anak Imam Ali semuanya berjumlah 25 orang. “Al-Mufid Fil-Irsyad” menyebut 27 orang lelaki dan perempuan. Menurut buku tersebut, di kalangan kaum Syi’ah ada yang mengatakan,sepeninggalan Rasulullah s.a.w puteri beliau, Fathimah Az-Zahrah r.a, mengalami keguguran. Namun, ketika anak itu masih dalam kandungan Rasulullah s.a.w sempat memberi nama “Muhsin”. Dengan demikian maka anak-anak Imam Ali seluruhnya berjumlah 28 orang.


Ibnul Atsir mengatakan, bahawa Muhsin wafat dalam keadaan masih bayi. Al-Mas’udi dan penulis buku “ Al-Mufid Fil-Irsyad” memasukkan nama Muhsin ke dalam hitungannya masing-masing, kemudian menambahnya lagi dengan Muhammad Al-Ausath, Ummu Kalsum As-Shughra dan Ramlah As-Shughra. Dari pelbagai sumber riwayat, para ahli sejarah dan ahli ilmu silsilah, berpendapat Imam Ali mempunyai 33 orang anak.[10]

BAB 2

KEUTAMAAN PERIBADINYA

2.1: Ilmu dan Keluasan Pengetahuannya

Kecerdasan berfikir Imam Ali r.a sukar dicari bandingnya. Dengan kecerdasannya itulah ia mencapai puncak martabat sebagai cendekiawan Islam yang menguasai secara luas berbagai pengetahuan yang ada pada bangsa Arab pada masa itu, sehingga tidak ada cabang ilmu pengetahuan Arab yang ia tidak menyumbang atau turut meletakkan kaedah-kaedahnya.


Sehingga pada suatu hari Khalifah Umar r.a menghadapi suatu masalah hokum syara’ yang ia sendiri tidak dapat memecahkannya, kemudian meminta bantuan pemikiran Ali r.a. Masalahnya ialah: Seorang wanita yang baru nikah 6 bulan melahirkan anak, oleh masyarakat ia dituduh telah berbuat zina sebelum nikah, lalu dihadapkan kepada Khalifah Umar untuk dijatuhkan hukuman. Ketika itu Khalifah Umar nyaris menjatuhkan hukuman rejam, tetapi Imam Ali cepat-cepat berkata: “Ada harus menjatuhkan hukuma menurut Kitab Allah”. Allah berfirman :

¼çmè=÷Hxqur ¼çmè=»|ÁÏùur tbqèW»n=rO #·öky­ 4

Maksudnya : mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan.[11] ( Al- Ahqaf : 15 )

* ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊöãƒ £`èdy»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. (

Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap. [12] ( Al-Baqarah : 233 )

Jika, kalau masa menyusui itu dua tahun penuh, sedang masa hamil hingga masa menyapih anak itu tiga puluh bulan, berarti masa hamilnya saja adalah 6 bulan.


Fatwa Imam Ali yang berdasarkan Kitab Allah itulah yang kemudian diikuti oleh para sahabat Nabi, kaum Tabi’in dan kaum muslimin hingga sekarang. Kebenaran fatwa tersebut didukung oleh kenyataan, bahwa bayi yang dilahirkan dalam usia kurang dari 6 bulan, pada umumnya sedikit harapan untuk dapat hidup terus. Sedangkan bayi yang dilahirkan didalam usia sekurang-kurangnya 6 bulan besar harapan untuk dapat terus hidup.

BAB 3

PERKEMBANGAN

3.1 : Kehidupan Awal

3.1.1 : Ketika Di Makkah

Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisydan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.


Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang

Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.[13]


3.1.2 : Saidina Ali Di Madinah

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkahyang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.


Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi akemajuan umat Islam.


3.2 Perkembangan Dalam Perkahwinan

Imam Ali telah berkhawin dengan puteri Rasullah sendiri, Fatimah Az-Zahrah r.a, wanita yang paling tepat menjadi isteri Imam Ali r.a. tidak ada yang lebih memenuhi syarat daripada puteri itu, dan tidak ada pria lain yang lebih afdhal untuk menjadi suami puteri beliau. Namun demikian pernikahan Imam Ali dengan Fatimah Az-Zahrah menghadapi masalah yang menuntut pemecahan terlebih dulu. Setibanya di Madinah, Rasullah s.a.w bersama Imam Ali tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Anshari. Kerana pernikahan Imam Ali dengan Fatimah akan dilangsungkan sesudah Rasullah s.a.w menyelesaikan membina beberapa tempat tinggal untuk beliau sendiri beserta para isterinya dan untuk Imam Ali bersama Fatimah setelah bernikah. Beberapa waktu sebelum Rasullah s.a.w menikahkan puterinya dengan dengan Imam Ali, Abu Bakar As-shiddiq r.a dan Umar Ibnul Khattab r.a. masing-masing pernah melamar Fatimah, tetapi di tolak oleh Rasullah kerana Fatimah masih kecil dan belum sampai masanya lagi. Walaupun masing-masing menyedari bahwa kecil sekali kemungkinannya untuk mereka mendapat puteri Rasullah s.a.w. Kedua sahabat itu mengerti, bagaimana mungkin Rasullah s.a.w. akan menikahkan puterinya dengan salah satu dari kedua sahabat ini, kerana beliau mempunyai saudara misan yang belum beristeri dan yang sejak kecil di asuh, dididik dan dibesarkan oleh beliau sendiri.[14]


3.2.1 : Sekelumit Tentang Rumahtangganya:

Setelah pernikahannya, Imam Ali tinggal bersama isterinya di sebuah rumah yang sederhana. Sebahagian besar perkakas rumahnya dibuat daripada tembikar. Namun Rasullah berasa bangga, tenang dan bahagia serta penuh kasih sayang sebagai ayah kepada puteri belahan hati beliau sendiri. Suasana yang penuh kesejahteraan dan keserasian itu lebih disemarakkan lagi oleh kelahiran dua orang cucu baginda s.a.w. Al-Hasan dan Al-Husain- radhiyallahu anhuma. Dalam rumah tersebutlah kedua-dua cucu baginda di besarkan. Rasullah s.a.w. sering duduk berbincang dengan mereka, Imam Ali r.a. duduk di sebelah kanan dan Fatimah Az-Zahrah r.a. duduk di sebelah kiri baginda, sedang dua orang cucu lagi duduk di atas pangkuan baginda secara berganti-ganti dan baginda akan mencium kedua cucunya itu. Di dalam rumah dan di tengah-tengah keluarga itulah Ar-Ruhul Amin (Malaikat Jibril a.s.) turun membawa wahyu Iilhi kedalam hati Rasullah s.a.w. dan mendoakan keselamatan serta keberkatan bagi dua orang cucu baginda calon penghuni syurga, yaitu Al-Hasan dan Al-Husin- radhiyallahu anhuma. Anas meriwayatkan bahawasanya Rasullahs.a.w. pernah bersabda:

Îû BNqãç/ tbÏŒr& ª!$# br& yìsùöè? tŸ2õãƒur $pkŽÏù ¼çmßJó$# ßxÎm7|¡ç ¼çms9 $pkŽÏù Íirßäóø9$$Î/ ÉA$|¹Fy$#ur ÇÌÏÈ

Maksudnya : (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.[15] (An-nur: 36)

BAB 4

ZAMAN PENTADBIRAN SAIDINA ALI R.A

4.1 : Menjadi Kahlifah Yang Ke-4

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.[16]

4.2 : Pentadbiran Imam Ali r.a

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.


Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka.[17]

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilahPerang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.


Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.[18]


BAB 5

JASA-JASA IMAM ALI R.A

Dalam peperangan, Imam Ali banyak berjasa dalam menewaskan tokoh-tokoh dan para pendekar perang kenamaan dari kalangan kaum musyrikin Quraisy. Sekalipun sanak saudara dan cucu-cucu keturunan mereka pada akhirnya memeluk islam, tetapi dalam hati mereka masih tersimpan perasaan benci dan dendam khusumat terhadap Imam Ali. Dalam firman Allah s.w.t.

÷bÎ)ur óOçGö6s%%tæ (#qç7Ï%$yèsù È@÷VÏJÎ/ $tB OçFö6Ï%qãã ¾ÏmÎ/ ( ûÈõs9ur ÷Län÷Žy9|¹ uqßgs9 ׎öyz šúïÎŽÉ9»¢Á=Ïj9 ÇÊËÏÈ ÷ŽÉ9ô¹$#ur $tBur x8çŽö9|¹ žwÎ) «!$$Î/ 4 Ÿwur ÷btøtrB óOÎgøŠn=tæ Ÿwur ہs? Îû 9,øŠ|Ê $£JÏiB šcrãà6ôJtƒ ÇÊËÐÈ

Maksudnya : Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas Dengan kejahatan Yang sama seperti Yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) Sesungguhnya Yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang Yang sabar.

Dan Bersabarlah (Wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan Yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan Dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya Yang mereka lakukan.[19] ( An-nahl: 126-127)


Keadaan seperti itulah yang sentiasa dihadapi Imam Ali r.a. sepanjang hidupnya, namun ia tetap tabah dan sabar kerana keyakinanya yang sangat mendalam, bahwa apa yang dilakukan itu semata-mata demi kebenaran Allah dan keradhaan RasulNya, suatu pengabdian yang tidak dapat ditawar atau diganti dengan harta dunia.

BAB 6

FATWA HUKUM

6.1 : Fatwa hukum yang di tetapkan oleh Ali r.a.

Ketika Imam Ali r.a. bertugas di Yaman, datanglah seorang lelaki menghadap Rasullah s.a.w. di Madinah melaporkan kebijaksanaan Ali di Yamman tentang masalah yang dihadapinya serta meminta keputusan hukum mengenai masalah tersebut. Akhirnya Ali memberi jawapan kepada soalan yang di Tanya itu, tetapi semuanya tidak menerima jawapan tersebut. Akhirnya Imam Ali membuat keputusan untuk mengundi dan dengan itu tidak akan dipertikaikan lagi keputusan tersebut. Pelbagai jenis masalah hukum yang telah Ali r.a. berjaya menyelesaikan dan beliau menjadi tempat rujukan para sahabat selepas Rasullah s.a.w. [20]

6.2 : Ali orang yang paling mampu membuat keputusan

Termidzi mengemikan sebuah Hadis berasal dari Anas r.a. yang mengatakan bahawa Rasullah bersabda: “orang yang paling sayang kepada ummatku adalah Abu Bakar, yang paling keras menjaga dan melaksanakan perintah Allah adalah Umar, yang paling pemalu ialah Usman, yang paling mampu mengambil keputusan hukum adalah Ali.” Kenyataan ini telah diakui oleh Rasullah sendiri kepada para sahabatNya.


6.3 : Imam Ali dan fatwa hukum syari’at

Tak seorang pun di kalangan para ulama sedunia yang menyangsikan bahwa orang yang paling layak mengeluarkan fatwa hukum syari’at dan fatwa-fatwanya paling mendekati kebenaran ialah orang yang menguasai sedalam-dalamnya isi Kitabullah Al-quran, baik bahasnya, usulnya maupun hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Kecuali ia pun harus menguasai juga sunnah Rasullah s.a.w.. fatwa-fatwa dan keputusan hukum-hukum yang di ambil Imam Ali r.a. pada dasarnya meliputi dua bidang: yang pertama ialah bidang nasihat, selepas itu apakah nasihat itu di terima atau di tolak, bukan masalahnya lagi. Yang kedua: bidang hukum. Setiap Negara memerlukan ketetapan hukum untuk membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah. Dalam Al-Quran Surah Al-Ma’idah, Allah berfirman:

* $pkšr'¯»tƒ ãAqߧ9$# õ÷Ïk=t/ !$tB tAÌRé& šøs9Î) `ÏB y7Îi/¢ ( bÎ)ur óO©9 ö@yèøÿs? $yJsù |Møó¯=t/ ¼çmtGs9$yÍ 4 ª!$#ur šßJÅÁ÷ètƒ z`ÏB Ĩ$¨Z9$# 3 ¨bÎ) ©!$# Ÿw Ïöku tPöqs)ø9$# tûï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇÏÐÈ

Maksudnya : Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir.[21] (Al-Ma’idah: 67)

BAB 7

KEWAFATA IMAM ALI R.A

Demikianlah hingga pada suatu saat di pertengahan bulan Ramadhan, tatkala beliau melaksanakan shalat, tiba-tiba beliau ditikam hingga wafat oleh seorang khawarij yang benama Abdurahman bin Muljam. Setelah kewafatan Sayyidina Ali bin Abi Thalib, maka diangkatlah putra beliau, yaitu Sayyidina Hasan bin Ali sebagai khalifah menggantikan ayahandanya.

Tatkala Sahabat Mu’awiyah men-dengar pengangkatan Hasan bin Ali sebagai khalifah, maka Sahabat Mu’awiyah berangkat beserta ribuan pasukannya untuk merebut kekuasaan. Maka Sayyidina Hasan pun dengan segera mengumpulkan pasukan yang dipimpin oleh Ubaidilah bin Abbas untuk menghadapi pasukan Mu’awiyah. Setelah pasukan Sayyidina Hasan bin Ali berangkat ke medan perang, ternyata Sahabat Mu’awiyah mampu memepengaruhi mereka, hingga banyak yang berkhianat kepada Sayyidina Hasan bin Ali, bahkan Ubaidillah bin Abbas pun ikut berkhianat kepada Sayyidina Hasan bin Ali.

Melihat kejadian ini Sayyidina Hasan bin Ali sangat sedih, hingga akhirnya beliau memutuskan untuk memberikan kekuasaan-nya kepada Sahabat Mu’awiyah, dengan syarat Sahabat Mu’awiyah dilarang meng-angkat putra mahkotanya, Yazid bin Mu’awiyah sebagai khalifah penggantinya, dan tidak menganggu para pengikut setia Sayyidina Ali bin Abi Thalib, serta memberi-kan harta yang mejadi hak bagi Ahlul bait (kerabat Nabi SAW).[22]

Mendengar berita ini, Sahabat Mu’awiyah senang dan menyetujui per-syaratan Sayyidina Hasan bin Ali, walaupun pada akhirnya Sahabat Mu’awiyah tetap mengangkat putra mahkotanya, Yazid sebagai penggantinya. Namun dalam pem-berian harta yang menjadi hak Ahlul bait, Sahabat Mu’awiyah tetap istiqamah mem-perhatikan dan mengirimkannya.

Memang, Sahabat Mu’awiyah banyak melakukan kesalahan, tetapi beliau juga memiliki jasa-jasa terhadap Islam yang cukup besar, misalnya perluasan wilayah Islam di masa kekuasaannya. Beliau juga membantu Nabi SAW dalam penulisan Al quran dan lain sebagainya. Untuk itulah, sikap kita sebagai umat Islam, jangan sekali-kali kita mencaci Sahabat Mu’awiyah. Karena perilaku caci-mencaci itu bukanlah ajaran Islam. Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan Sayyidina Hasan bi Ali saja. yang ber-interaksi secara langsung dengan Sahabat Mu’awiyah, telah memaafkannya. Bahkan kalau ada seribu Mu’awiyah pun akan dimaafkan oleh beliau berdua.

Di dalam sejarah, tidak pernah sekalipun diriwayatkan bahwa Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan putranya mencaci Sahabat Mu’awiyah, bahkan beliau melarang keras kepada para sahabatnya untuk mencaci Mu’awiyah. Beliau berdua sangat tahu, bahwa urusan perselisihan pendapat dalam masalah siapa yang berhak menjadi khalifah, adalah urusan ijtihadiyyah semata, dan siapapun orangnya jika berijtihad, pasti tidak luput dari ‘salah’ atau ‘benar’ dalam mengambil kesimpulan. [23]

Bagaimana dengan kita, sebagai pencinta Sayyidina Ali bin Abi Thalib? Semestinya, kita wajib mencontoh apa yang beliau lakukan terhadap Sahabat Mu’awiyah. Karena bagaimana pun juga Sahabat Mu’awiyah adalah seorang muslim, beliau mengerjakan shalat, puasa, dan kewajiban yang lain, bahkan beliau adalah Sahabat Nabi SAW, dan sekaligus menjadi kerabat Nabi SAW.


Walaupun banyak kesalahan-kesalahan yang beliau lakukan, tetapi Sahabat Mu’awiyah tetap saja sebagai seorang Sahabat Nabi SAW yang adil dengan ketentuan Alquran, karena itu tetap wajib kita hormati. Sahabat Mu’awiyah pastilah berbeda dengan putranya, Yazid bin Mu’awiyah. Tentang hal ini, Al-‘allamah Al habib Abdullah bin Alwi Alhaddad mengatakan, bahwa Sahabat Mu’awiyah tidaklah sama dengan putranya, Yazid bin Mu’awiyah, yang mana Yazid bin Mu’awiyah adalah orang yang fasik, karena meninggal-kan shalat, pezina, pemabuk dan lain sebagainya. Sedangkan Sahabat Mu’awiyah adalah orang yang aktif mengerjakan shalat dan kewajiban-kewajiban lainnya.

Sekalipun demikian, kita sebagai penganut Ahlussunnah wal Jama’ah tidak perlu mencaci-maki keduanya, karena tidak ada sedikitpun cacian itu bermanfaat bagi kita, bahkan dapat menambah dosa, karena perbuatan itu bertentangan dengan sabda Nabi Muhammad SAW: la tasubbul amwaat fa innahum qod afdhou ila ma qoddamu (Janganlah engkau mencaci seorang yang telah meninngal dunia, karena mereka telah selesai perhitungannya).[24]

PENUTUP

Sesungguhnya Imam Ali r.a. seorang alim rabbani yang Allah menjadikan kehidupannya penuh keberkatan dan ilmunya bermanfaat-telah menyebut dalam kitab syarah Muslim.

Ketahuilah bahwa tajuk ini, kebanyakkan isi kandungannya telah diabaikan semenjak beberapa zaman dahulu dan pada zaman ini yang tinggal hanyalah beberapa cebis sahaja. Ia sebenarnya merupakan tajuk yang luas, tunggak dan kunci kepada segala urusan. Ini kerana sekiranya keburukan melata, maka balasan buruk akan menimpa semua orang ; baik dan jahat. Dan apabila mereka tidak berusha dan menghalang si zalim daripada melakukan kezaliman, dibimbangkan Allah akan menimpakan hukuman-Nya kepada mereka semua. Firman Allah s.w.t:

žw (#qè=yèøgrB uä!$tãߊ ÉAqߧ9$# öNà6oY÷t/ Ïä!%tæßx. Nä3ÅÒ÷èt/ $VÒ÷èt/ 4 ôs% ãNn=÷ètƒ ª!$# šúïÏ%©!$# šcqè=¯=|¡tFtƒ öNä3ZÏB #]Œ#uqÏ9 4 ÍxósuŠù=sù tûïÏ%©!$# tbqàÿÏ9$sƒä ô`tã ÿ¾Ín͐öDr& br& öNåkz:ŠÅÁè? îpuZ÷FÏù ÷rr& öNåkz:ÅÁムë>#xtã íOŠÏ9r& ÇÏÌÈ

Maksudnya : Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu Yang menarik diri ke luar (dari majlis nabi) secara berselindung dan bersembunyi. oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.


tûïÏ%©!$# (#qã_̍÷zé& `ÏB NÏd̍»tƒÏŠ ÎŽötóÎ/ @d,ym HwÎ) cr& (#qä9qà)tƒ $oYš/u ª!$# 3 Ÿwöqs9ur ßìøùyŠ «!$# }¨$¨Z9$# Nåk|Õ÷èt/ <Ù÷èt7Î/ ôMtBÏdçl°; ßìÏBºuq|¹ ÓìuÎ/ur ÔNºuqn=|¹ur ßÉf»|¡tBur ㍟2õム$pkŽÏù ãNó$# «!$# #ZŽÏVŸ2 3 žcuŽÝÇZuŠs9ur ª!$# `tB ÿ¼çnçŽÝÇYtƒ 3 žcÎ) ©!$# :Èqs)s9 îƒÌtã ÇÍÉÈ

Maksudnya : Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -


BIBLIOGRAFI

Ø Al-Quran dan terjemahannya

Ø ASY- SYAHID Hassan Al- banna, penterjemahan : Muhammad Baihaqi, cetakan pertama 2002.

Ø Harun Yahya, penyataan Nilai Kebaikan Menentang keruntuhan Moral Akibat kemusnahan Iman dan Taqwa, cetakan Pertama 2005, terbitan Marketing Sdn. Bhd. Johor Bahru.

Ø Abdul Majid Azzuandi, imam Menurut Al-quran dan hadith, cetakan pertama 1999, terbitan putrajaya Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Ø Abdul Aziz Deraman, kamus Dewan Edisi Ketiga 1994, terbitan Dewan Bahasa dan pustaka, selangor Darul Ehsan.

Ø http://ms.wikipedia.org/wiki/Ali_bin_Abi_Talib

Ø http://www.pejuangislam.com/main.php?prm=santri&var=detail&id=42

Ø Kitab Daf'ul Kadzib,Muka Surat 216-217



[2] kitab “ Al-Fushulul –Muhimmah” karangan As-Shabbagh Al-Maliki

[3] Murujudz-Dzahab” karangan Al-Mas’udi

[4] kitab “Irsyadul-Mufid” serta “As-Sirah Al-Halabiyah” karangan Ali bin Burhanuddin Al-Halabi Asy-Syafi’i.

[6] Kamus Bahasa Melayu- Bahasa Arab. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

[7] Kitab Imamul Muhtadin : Silsilah Imam Ali r.a

[8] Kitab Imamul Muhtadi : Silsilah Imam Ali

[9] Kitab “ Al-Mustadarak” : Al- Hakim.

[10] Kitan Imamul Muhtadi : Silsilah Imam Ali r.a

[11] Al-Quranul Dan Terjemahan. Pustaka Darul Iman. Cetakan 2007. Surah : Al-Ahqaf,ayat 15.

[12] Al-Quranul Dan Terjemahan. Pustaka Darul Iman. Cetakan 2007. Surah : Al-Baqarah,ayat 233.

[14] Kitab Imamul Muhtadin : Pernikahan Dengan Fathimah Az-Zahrah r.a

[15] Al-Quranul Dan Terjemahan. Pustaka Darul Iman. Cetakan 2007. Surah : Al-Nur,ayat 36.

[17] Kitab Daf'ul Kadzib,Muka Surat 216-217

[19] Al-Quranul Dan Terjemahan. Pustaka Darul Iman. Cetakan 2007. Surah : Al-Nahl,ayat 126-127.

[20] Kitab Imamul Muhtadi : Masa Kekhalifahan Umar r.a

[21] Al-Quranul Dan Terjemahan. Pustaka Darul Iman. Cetakan 2007. Surah : Al-Ma’idah,ayat 67.

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...