Thursday, February 9, 2012

AL-FIQH (FEQAH)

Kesan Solat Yang Khusyuk

Imam Al-ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat ialah untuk mengingati Allah SWT. Ia juga berfungsi sebagai alat pencegah perbuatan keji dan kemungkaran. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang itu tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan kemungkaran.


Sesungguhnya solat itu tidak sama denagn ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dan puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan saja merekaakan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, sentiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah .


Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertakan dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin dapat menunaikan zakat. Demikian dengan ibadah haji, walaupun ketika melakuakan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai. Ini kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu melibatkan tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya.


Sebaliknya ibadah solat amat berbeza sekali dengan ibadah yang dinyatakan itu . menurut Imam Al-Ghazali bahawa solat itu munajat(berdialong dan berbisik)seorang hamba terhadap tuhannya.apabila solat sebagai munajat sudah tentu dilakukan denagn penuh kesedaran di samping khusyuk.



Hadir Hati Adalah Roh Solat

Solat adalah ibadah utama yang dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Allah, berbanding dengan ibadah yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan lain.


Menurut pendapat Imam Al-Ghazali:

“Tidak syak lagi seseorang itu berzikir atau membaca dalam solat ialah utuk memuji Tuhan dan yang menjadi matlamat tidak lain ialah Allah.”


Solat adalah ditujukan keoada Allah, namun kepercayaan akan menjadi sia-sia jika tidak disertai dengan hati yang sentiasa ingat kepada Allah, kerana hati aadalah perantaraan atau wasilah dengan Allah. Bagaimanakah hati boleh menjadi perantaraan sekiranya ia dalam keadaan lalai, maka selama itulah segala bacaan itu tidak samoai kepada Allah. Denagn sebab itu ia tidak akan dapat ‘syhud’ beraksi kepada Allah atau melihat Allah dalam ertikata melihat denag pandangan hati. Hati dicipta untuk mengenal dan melihat Allah, namun tidak mungkin hati dapat syhud krpada Allah sedanhkan ia dalam keadaan lalai.


Hadir hati dalam solat adalah nyawa kepada solat. Sesiapa yang tahu rahsia hadir hati dalam solat, maka genga sendirinya ia perlu tahu bahawa lalai itu lawan bagi solat.



Hayati makna ayat bagi mencapai khusyuk

Segala makna atau penertian dalam persoalan ‘hadir hati’ iaitu sebagai nyawa kepada solat, bagaimanapun banyak huraian mengenainya, namun ia boleh diringkaskan kepada enam perkara:

1) Hudhur al-qalb’

2)At-Tafahhum’

3)Ta’dzim’

4)Al-Haibah’

5)Ar-Rajaa’

6)Al-Hayaa’


Pengertian pertama mengenai ‘Hudhur Al-Qalbi’(hadur hati). Iaitu berusaha membuang segala sesuatau yang tidak ada ken mengena denga solat, dan juga membuang segala perkara yang tidak ada hubungan dengan Allah yang dihadapkan segala bacaan dan ucapan. Di dalam solat kita mengucapkan segala puji-pujian dan mohon keamounan, mohon petunjuk dan sebagainya.


Pengertian kedua ‘At-Tafahum’ bererti melakukan usaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat itu sama ada perbuatan dan juga segala yang diucap.walaupun memahami segala makna ucapan yang dilafazkan di dalam solat itu sebenarnya adalah persoalan lain dan persoalan ‘Hudhur Al-Qalb’ itu. Sekadar hadir hati di dalam solat itu belumlah cukup, tetapi selain dari itu hendaklah memahami segala makna kepada lafaz yang diucapkan, kerana hati itu seringkali ia bersama dengan perkara diucap oleh lidah, tetapi belum pasti ia memahami apa yang diucapkan.


Pengertian ketiga ‘At-ta’dzim’, iaitu merasa keaguagan dengan menyebut Allahu Akbar, mereka merasa dirinya terlalu kerdil di depan Allah dan ingatannya terhadap Allah terlalu agung.


Pengertian keempat ‘Al-Haibah’ iaitu bukan saja marasa kebesaran ilahi, tetapi merasa gerun terhadap keagungan Allah.


Kelima ‘Ar-Rajaa’ , iaitu sentiasa menaruh harapan besar, mudah-mudahan solat yang dilakukan itu diterima Allah dan dapat ganjaran pahala darinya.dengan ganjaran pahala itu mudah-mudahan dia akan menjadi orang yang berat timbangan amalnya di akhirat kelak.


Keenam ‘Al-Hayaa’, iaitu merasa malu terhadap Allah di atas segala kekurangan dan kecacatan di atas ibadahnya, sekadar mana yang terdaya dilakukan namun dipersembahkan juga ibadah tersebut ke hadrat Allah.

Semua enam perkara diadun dengan sebaik-baiknya di dalam solat, maka hati kita tidak akan lalai.kenam-enam perkara itu semuanya melibatkan persoalan hati sanubari.



Bersemuka Dan Bersoal Jawab Denagn Allah

Ketika seorang itu (qiam) di dalam solatnya, ia adalah berdirinya seseorang di depan Allah, dengan membawa ingatan merendah diri and menghina diri, serta membebaskan diri dari menunjuk besar serta merasa sombomg. Hendaklah seseorang membayangkan ketika itu seolah-olah ia baru dibangkitkan dari kubur dan sedang bersoal jawab dengan Allah.


Dalam keadaan demikian, seseorng itu sekadar bahawa ia sedang berdiri dihadapan tuhannya dan Allah pula maha mengetahui kedudukan seorang hamba yang sedang didepan dengannya. Ika seseorang itu berdiri di depan seorang raja, pasti dia merasa suatu kelainan dalam hatinya. Betapa pula apabila dia berdiri di depan raja bagi sekalian rajr-raja iaitu Allah Taala, pasti merasa lemah atau tidak terdaya oleh kebesaran Allah. Demikian Imam Al-Ghazali menjelaskan dalam kitabnya tentang keadaan orang yang berdiri dihadapan Allah di dalam solatnya, denagn segala rendah hati serta menghina diri. Berdiri sebagai seorang hamba yang sedang mematuhi segala perintah Tuhannya.



Bahaya Lalai Ketika Takbiratul Ihram

Apabila seseoarang mendirikan solat lantas ia pun memulakan takbiratul ihram dengan lafaz Allahu Akbar yang bererti ‘Allah Maha Besar’, ketika lidah menyebut melafaz tersebut janganlah hati menyimpang ke lain.


Sekiranya di dalam hati seseorang yang melakukan solat ada sesuatu yang bemdna lain yanglebih di beri tunpuan, ataupun hawa nafsu lebih mempengaruhi hati,dari mengingat pengertian Allahu Akbar. Kebetulan pula memang hati lebih gemar akn benda itu yakin lebih dari Allah, bererti ia dengan cara sulit telah menganbil hawa nafsu lebih dari ia tunduk kepada Allah.oleh itu lafaz yang diucap oleh lidah itu hanya percakapan lida atau hanya cakap kosong semata-mata.


Sekiranya seseorang lidah nya mengata Allah Maha Besar, pada ketika yang sama dihatinya pula membesarkan perkara lain, maka dengan sendirinya ia telah meletahkan perkara itu setaraf dengan Allah. Seolah-olah ia telah mengagungkan perkara lain sama besar gengan Allah. Bagaimanakah solat itu hendak dikatakan sebagai suatu ibadah kepada Allah, padahal sejak awal mendirikan solat telah dimulai dengan dosa mensyirikan Allah di dalam hati. Waspadalah terhadap bahaya tersebut terutama bagi orang yang hidupnya mengutamakan urusan dunia semata-mata. Tidak mustahil perkara dunia itu terbawa-bawa ke dalam solatnya. Akhirnya solat bukan lagi utuk mengingati Allah, tetapi memasukkan harta dunia, pangkat kedudukan dan urusan keluarga di dalam solat.



Hubungan Kegiatan Harian Dengan Solat

Satu ucapan yang ada dalam doa iftitah ialah kalimah yang bermaksud: “aku hadapkan wajahku untuk tuhan yang menjadikan langit dan juga bumi”. Apakah yang dimaksudkan denag menghadapkan wajah kepada tuhan? Adakah wajah pada tubuh manusia yang hendak dihadapkan kepada tuhan?


Sekiranya dalam kehidupan harian hati manusia itu terlalu dibebani dengan perkara yang menyebabka ia lebih membesarkan tuntutan nafsu, maka ia akan terbawa-bawa ke dalam solatnya, sehingga sukarlah ia hendak menghadap wajah hatinya kepada Allah, sebaliknya berlaku percanggahan dengan doa iftitah yang dibacanya setiap kali mendirkan solat itu.oleh itu, semua pekerjaan harian di luar solat itu mestilah sesuatu pekerjaan yang di takbir di bawah pengawasan syariat. Ia dilakukan untuk keperluan mentaati Allah semata-mata, malah pekerjaan sertamata benda yang diusahakan oleh seseorang itu bertujuan untuk menyelamatkan solatnya, bukan maejadi gangguan dalam hati dan ingatan ketika solat.



Elak Percanggahan Antara Ucapan Dan Tindakan

Diantara kalimah yang ada dalam doa iftutah itu ialah ‘Hanifan Muslimin’ yang bermaksud bahawa condong hati kepada menghayati hehidupan islam yang sebenarnya. Apabila seorang itu berkata demikian, maka hendaklah dia sedar di dalam hatinya bahawa seorang muslim yang sebenarnya ialah orang lain selamat daripada lidahnya dan tangannya dan perbuatanya.


Apabila seseorang itu mengaku bahawa dia seorang muslim, bererti orang lain akan selamat dari kejahatan lidahnya dan juga perbuatannya, kerana diantara makna ialam itu ‘selamat’. Seandainya di luar solatnya dia melakukan kegiatan yang menzalimi orang lain sama ada perbuatan fitnah, dengki, khianat, mengumoat orang lain,nyatalah perbuatannya iti bercanggah dengan janji yang ditutur oleh lidahnya semasa membaca doa iftitah. Denagn itu dia tergolong seorang pendusta di depan Allah.


Oleh itu, jika seseorang menyedari bahawa apabila menyebut kalimah ‘hanifan musliman’ sedangkan dia sedar dirinya telah banyak menzalimi orang lain dengan lidah atau perbuatannya. Maka hendaklah ia menyesalsungguh-sungguh bahawa atas perbuatannya yang telah memungkiri janji-janjinya kepada Allah.



Makrifat Melahirkan Rasa Gerun Terhadap Allah

Syarat khusyuk dalam solat seterusnya ialah Ta’zim, atau merasa hebat dan gerun terhadap Allah ketika solat. Aapbila seseorang itu mendirikan solat dan ketika mengucapkan Allahu Akbar adakah hatinya merasa gerund an hebat terhadapnya? Rasa gerun itu hanya dapat dicapai dengan makrifat yang mendalam. Sejauh man makrifat terhadap Allah sebagai khaliq yang Maha Agung, sejauh mana makrifat atau mengenali dirinya sebagai hamba yang serba kekurangan dan mempunyai berbagai kelemahan.


Jika seseorang mengenali tuhan sepenuhnya dengan segala keagungan sifat yang dimilikinya, serta mengenali siapakah dirinya di depan Allah dan sedang berdiri berdepan dengannya.sejauh mana pengenalan seseorang terhadap Allah yang mencipta alam dan mengaturnya dengan kecanggahan limunya yang tiada tara, sehingga semua berjalan dengan teratur. Ia Maha Berkuasa Maha Bijaksana yang tidak terhigga.



Mengharap Limpahn Rahmat Dan Sifat ‘Lutfillah’

Syarat seterusnya bagi mencapai khusyuk dalam solat ialah ‘Ar-Rajaak’, iaitu rasa penuh penharapan atau meletak pergantungan kepada Allah. Menagapa seseorang itu mesti menaruh harapan dan meletakkan pergantungan kepada Allah. Ini kerana ia telah makrifat akan sifat ‘Lutfillah’ iaitu sifat lemah lenbut Allah, dan karamah serta nikmatnya, dan amat halus seni pertukangan atau ciptaannya.


Sifat lemah lembut atau halus budi bicara Allah itu telah melimpahkan nikmatnya, sehingga meskipun manusia sebagai hamba ini hanya melakukan ibadah atau amal terlalu sedikit, namun Allah Yang Maha ‘Lutif’ itu dengan segala kemurahannya memberikan ganjaran yang lebih. Satu kebaikan diberi ganjaran sepenuh malah lebih dari itu.


Kerana sifat lemah lembut Allah itulah maka Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar merebut segala peluang yang terbentang luas di depan Allah, dengan sabdanya yang bermaksud: “hindarilah api neraka itu walau dengan hanya sepelepah tamar”.


Ini menunjukkan Allah yang Maha Kaya itu sekali-kali tidak melupakan usaha hambanya yang hanya dengan sebelah biji tamar itu. Padahal apabila yang ada pada sebelah biji tamar.


Umpama seorang yang fakir yang member hadiah sebiji durian kepada orang kaya, sedangkan orang kaya itu kalau membeli durian bukan kira biji tetepi kira bakul. Namun orang kaya yang bersikap lemah lembut tentu tidak memperkecilkan hadiah si fakir itu, malah ia tetap menghargai dan menganggap si fakirtelah berusaha keras untuk melakukan kebaikan.



Menghias Solat Dengan Sifat Malu

Sesungguhnya apabila seseorang itu menyedari betapa lemahnya hendak mendirikan ibadah dengan cara paling sempurna, sehingga tidak terdaya untuk memenuhi masa sepanjang solat itu denag betul-betul mengingati Allah, maka wajarlah ia merasa malu terhadap Allah.


Wajarlah seseorang itu merasa malu terhadap Allah sebaik saja ia selesai menunaikan solat. Kerana mendirikan solat itu adalah untuk mengingatinya semata-mata, sedangkan ketika solat jika masa yang digunakan itu kira-kira 10 minit, sayangnya hanya satu dua minit saja yang ia inagt kepada Allah, selebihnya inagatannya melayang mengikut kemahuan hati, khayalan dan lalai.


Jika tidak merasa malu dengan ibadahsolat yang demikian rupa, malah mendakwa bahawa ia telah melakukan semua rukun fardhu di dalam solat itu sudah pun tertunai. Alas an seperti itu hanyalah datangnya dari ahli ibadah yang jahil,sedangkan orang jahil itu (kedudukannya) adalah sebagai musuh Allah.



Elak Gangguan Solat Dengan Membatasi Pandangan

Imam Al-Ghazali menggariskan beberapa kaedah luaran bagi merawat hati supaya tidak dihinggapi penyakit lalai. Antaranya ualah dengan memejamkan mata ketika solat. Ertinya mata juga kena beringat, kerana seseorang itu sentiasa teringat akn sesuatu perkara yang dilihatnya. Kerana hati yang lalai itu sangat mudah mengikut ke mana saja pandangan matanya. Kecualilah orang sufi yang hatinya sudah ditarbiah dengan makrifat Allah setiap ketika dan dalam semua keadaan, maka penglihatan mata yang zahir ini tidak menjadi punca gangguan atau mengheret hatinya.


Memejamkan mata dengan maksud menghindari dan memandang sesuatu yang tidak baik itu sepatutnya dilakukan sejak sebelum mendirikan solat. Misalnya dalam perjalananmenujuke musalla atau masjid, malah dalam kehidupan hariannya. Berusaha menghindar pandangan dari perkara yang boleh melekat dalam ingatannya, semoga ia tidak terbawa-bawa ke dalam solat yang boleh mendatangkan gangguan terhadap ingatannya.


Oleh itu sebaik-baiknya seseorang itu berdiri berhampirandengan dinding atau tembokyang boleh membatasi penglihatan matanya, sudut-sudut yang sekiranya ia membuka mata hanya terhenti pandangannya itu kea rah sudut yang terdekat itu semata-mata. Ataupun memandang ke tempat sujud saja jika tidak berada di hadapan dinding atau tabir.


Namun sejauh mana keberkesanan dan keberhasilan dalam mencapai khusyuk dan hadir hati tidaklah diketahui, terselahlah kepada keadaan. Bagaimanapun islam tidaklah meenggalakkan perbuatan bertapa seperti itu sehingga terpaksa mengasingkan diri dari bergaul dengan orang ramai. Kerana seseorang itu mempunyai peranan disisi islam dalam perjuangannya di tengah masyarakat. Banyak perkara yang melibatkannya, kebenaran yang mesti ditegakkan itu tidak sekadar untuk dirinya semata-mata, malah untuk masyarakat juga tidak boleh diabaikan.



Berdiri Solat Bagai Berdiri Di Padang Mahsyar

Setelah diterangkan perkara lahiriah menyebabkan tidak hadir hati lalai ketika solat seperti yang dijelaskan pada fasal yang lalu,kini dihuraikan pula sebab-sebab atau halangan bersifat batiniah yang lebih runit dan sulit untuk mengatasinya.


Imam Al-Ghazali menyatakan halangan bersifat batin adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan halangan bersifat lahiriah. Keran aorang yang berada di lembah dunia dengan fikiran bercabang-cabang dalam memikirkan daki-daki dunia itu menjadi musuh yang ganas kepada hatinya sendiri.


Untuk membantunya dalam perkara ini maka orang itu mestilah bersikap sedia sejak sebelun solat itu didirikan, malah seseorangmengucap ‘Takbiratul ihram’ sayugialah ia berdiri dulu dengan bertenang dan bertafakur, tumpukan segala ingatan kepada perkara yang bersifat akhirat. Bayangkan seolah-olah solat yang hendak ditunaikan adalah solat terakhir dan bayangkan juga dalam ingatannya bahawa seolah-olah ia sedang berdiri di Padang Mahsyar. Berdirinya seorang yang menghadapi saat-saat genting bagi suatu penentuaan yang abadi bahawa syurga neraka menjadi salah satu tempat di mana dirinya akan dihantar ke sana.



Pusatkan Hati Ke Arah Objek Yang Dikehendaki

Sekiranya ketenangan itu tidak dpat capai dengan solat, maka sudah tentu ada puca dan sebab yang yang menghalang ketenangan dari dicapai. Banyak halangan yang menyebabkan hilangnya ketenangan atau kedamaian ketika solat. Bagaimanpun ia bertunca dari beberap halangan. Pertama ialah punca atau sabab yang datang dari luar diri seseorang dan keduanya tidak lain ialah punca atau sebab yang datang dari dalam diri sendiri.


Adapun halangan luar untuk mencapai ketenangan dalam solat telah diterangkan beberapa cara untuk mangatasinya seperti yang diterangkan dalam beberapa huraian yang lalu. Umpamanya berdiri berdekatan dinding atau tembok supaya pandangan terbatas. Selain daripada yang berwarna-warni dan mempunyai lukisan dan gambar-gambar.


Sebabnya yang kedua ialah berunsur dalaman. Iati punca yang datang dari dalam diri sendiri. Sebagaimana badan boleh bermusafir ke destinasinya yang dikehendakinya dengan bebas, maka demikian juga hati manusia boleh mengembara dan merayau lebih bebas ke mana saja tanpa batas sempadan tertentu.


Bagaimanapun jika jasad lahiriah boleh dibataskan pergerakannya, maka demikian juga hati manusia boleh juga dikawal dan diarah untuk memusatkan ingatannyakepada sesuatu objek yang dilehendaki.


Cara hendak memusatkan hati dan inagatan kepada matlamat yang dituju di dalam solat. Wajarlah juga diperbaharui istilah sembahyang yang sering disebut orang dengan begitu lumrah sehingga tidak lagi menimbulkan kesan yang mandalam di dalam hati. Istilah sembahyang itu patut diganti dengan istilah munajat, agar dengannya seseorang yang sedang bersiap sedia berdiri untuk melakukan suatu ibadah fardhu itu merupakan kesempatan bermunajat denagn Allah ia sebagai anugerah kepada hambanya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari.


Jika keghairahan untuk bermunajat masih tidak terpenuh dengan solat lima waktu yang fardhu itu maka bolehlah ia menambahnya dengan solat-solat sunat yang lain.



Antara Seruan Azan Dan Tiupan Israfil

Masalah gangguan yang dihadapi ketika menunaikan solat itu bukan sekadar terjadi kepada orang awam, malah ia berlaku juga kepada Rasulullsh dan juga kepada para sahabat. Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengembalikan kepadanya oleh Abi Jahnam dan minta digantikan dengan baju yang lain. Ini kerana baju itu mempunyai corak dan beranika warna, corak dan warna gamis itu telah mengganggu fikiran Rasulullah ketika baginda memakainya untuk solat.


Apabila seseorang itu mendengar azan yang menandakan masuknya waktu solat fardhu maka hendaklah ia merasakan bahawa laungan azan itu bagaikan tiupan seruan sangkakala yang tiup oleh malaikat Israfil, suatu tiupan yang nengejutkan seluruh manusia yang Allah bangkitkan dari dalam kuburnya seperti satu babak sangat dasyat iaitu menandakan bermulanya hari kiamat.


Laungan azan olaeh bilal bertujuan untuk mengejutkan manusia yang sedang tidur atau lalai kerana urusan duniawi untuk mendirikan solat. Terutama ketika menjelang subuh, sudah pasti kebanyakan manusia sedang tidur lena, aaptah lagi ketika cuaca dingin mala menjamah kulit, alangkah nyamannya apabikla kain selimut ditarik untuk menutupi badan. Ketika itu azan pun dilaungkan dari menara masjid oleh bilal dengan nyaringnya.


Denagn ini bayangkanlah seruan azan itu laksana tiupan kedua oleh Israfil yang mengejutkan manusia kerana mereka telah dibangkitkan dari alam kubur bagi mejalani satu babak hari kiamat dengan bermulanya himpunan besar di Padang Mahshyar. Tentulah tiupan oleh malaikat Israfil itu amat mengerunkan.sekiranya hati sering diingatkan dengan peristiwa Padang Mahsyar setiap lima kali dalam sehari iaitu ketika seruan azan itu dilaungkan oleh bilal, maka sudah tentu tidak ada lagi inatan yang lain. Lipa segala kesenangan hidup dengan kemewahan duniawi, tidak terfikir lagi anak isteri, jawatan tinggi, pangkat kedudukan kerana Padang Mahsyar itu menyebabkan seliruh fikiran dan perasaan tertumputerhadapnya.

No comments:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...