Thursday, February 9, 2012

ULUM HADIS (KELUARGA BAHAGIA)

Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas ketua keluarga dan beberapa orang yang terkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling kebergantungan. Keluarga juga sebagai kumpulan sosial terdiri daripada sejumlah individu, mempunyai hubungan antara individu, terdapat ikatan, kewajiban, tanggungjawab di antara individu tersebut.

Menurut Salvicion dan Celis (1998) di dalam keluarga terdapat dua atau lebih daripada dua peribadi yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan, dhidupnya dalam satu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan didalam peranannya masing-masing dan mencipta serta mempertahankan suatu kebudayaan . [1]


Keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dan dihiasi oleh sepak terajang anak-anak adalah satu institusi yang perlu kepada pentadbiran yang betul yang boleh menjamin kehidupan yang rukun, aman dan damai. Manakala suasana "Keluarga Bahagia" yang menjadi idaman semua manusia adalah matlamat yang ingin dicapai dengan apacara sekalipun. Cuma apa yang cuba dicari kadang-kadang begitu kabur apabila penilaian terhadap erti kebahagiaan itu sendiri menghadapi masalah akibat dari permasalahan yang dihadapi oleh manusia dari beberapa sudut.

Namun apa yang dapat kita titipkan melalui catatan yang serba ringkas ini dalam mendambakan kehidupan yang bahagia dalam institusi keluarga ialah kesediaan kita untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang baik dalam segala agenda hidup kita, tanpa mempertikaikannya sedikitpun. Bilamana kita merasa kehidupan contoh (mithali) yang di tunjukkan oleh Baginda tidak dapat kita terima, atau gagal kita ikuti, itu bukan bermakna kita perlu mencari alternatif lain dalam mencari kebahagiaan hidup. Tapi apa yang perlu kita lakukan ialah mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW, segala apa yang disuruh buatlah dengan kemampuan yang maksima, demikian pula apa yang dilarang hendaklah kita jauhi, hindari dan tinggalkan sama sekali dengan penuh rasa kesedaran dan keinsafan demi memperolehi keredaan Allah SWT.


Mempertingkatkan kualiti keislaman, keimanan dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki. Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauhmana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Adil ke atas sekelian makhluk ciptaanNya.

BAB 1

INSTITUSI KEKELUARGAAN

1.1 : FALSAFAH DAN KONSEP KELUARGA BAHAGIA.

1.1.1 : Falsafah Keluarga Bahagia Menurut Islam.

Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah telah dibekalkan sejak awal kejadiannya dengan keinginan untuk berkeluarga, beranak pinak. Setiap keluarga juga menginginkan kebahagian.Justeru Islam menyediakan satu garis panduan yang merangkumi asas-asas untuk memimpin manusia mencapai kebahagiaan dan mendapat keredaan Allah.Firman Allah:

ô`ÏBur ÿ¾ÏmÏG»tƒ#uä ÷br& t,n=y{ /ä3s9 ô`ÏiB öNä3Å¡àÿRr& %[`ºurør& (#þqãZä3ó¡tFÏj9 $ygøŠs9Î) Ÿ@yèy_ur Nà6uZ÷t/ Zo¨Šuq¨B ºpyJômuur 4 ¨bÎ) Îû y7Ï9ºsŒ ;M»tƒUy5Qöqs)Ïj9 tbr㍩3xÿtGtƒ ÇËÊÈ

Maksudnya : “ Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan atau kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua “mawaddah dan rahmah” [2]


Islam meletakkan satu difinasi bersifat amanah untuk seorang lelaki mengamil isteri atau pasangan yang bukan sahaja untuk menunaikan fitrah tetapi lebih besar ialah untuk menikmati rahmat dan kebaikan serta keampunan daripada Allah. Ertinya tujuan memuaskan hawa nafsu syahwat semata mata dalam perkahwinan hampir tidak disebut kerana ia hanya satu tuntutan naluri manusia.Kalau hawa nafsu syahwat menjadi tuntutan dalam perkahwinan maka perkahwinan manusia tiada bezanya dengan perhubungan jenis antara haiwan. Kemesraan wujud dalam alam haiwan seperti juga alam jin dan alam manusia tetapi bezanya Islam menganjurkan pada manusia supaya kemesraan dinikmati mengikut jalan yang diredhai Allah.

Kemesraan mengikut cara yang mendapat rahmat Allah akan mewujudkan sebuah keuarga yang dipenuhi dengan keberkatan dan barakah, keberkatan yang akan melahirkan nilai nilai kemesraan dan kebahagiaan yang ditestui dan dilindungi Allah. Kekeluargaan dalam Islam tidak terbatas pada konsep duniawi semata mata seperti yang terbatas pada kelompok kelompok makhluk yang lain. Manusia, sekiranya ada status keluarga diredhai oleh Allah, maka mereka akan terus berkeluarga selepas berpindah dari alam dunia ke alam baqa.

Sepasang suami isteri yang soleh, yang mulia cara hidupnya, akan diredhai Allah dan selepas meninggalkan dunia ini mereka akan tetap bersama sama di akhirat bertemankan anak anak mereka. Hubungan keluarga dalam Islam adalah kudus (suci) justeru itu Islam mewajibkan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak anak. Dan nafkah bukan sahaja membahagiakan keluarga di dunia malah segalanya akan diberi pahala sebagai amalan yang soleh. Setiap amalan yang soleh dan membawa kepada kemuliaan akan mendapat balasan yang baik di akhirat. Ini bererti insan dalam keluarga Islam adalah yang patuh dan mentaati segala perintah Allah terutama bagi mereka yang membentuk tatacara keluarga mengikut landasan yang diperintahkan oleh Islam.

Islam adalah asas bagi setiap keluarga untuk menemui ketenangan fikiran dan tugas suami adalah untuk mengendalikan rumah tangga supaya dibina dan ditadbir atas landasan murni itu. Bagi anak anak pula mereka harus menghormati dan menghargai pengorbanan ibu bapa dengan sikap yang mulia sebagai tanda terima kasih. Kemesraan yang dipupuk atas nilai tanggungjawab akan menjadikan sebuah keluarga itu sebagai satu kelompok kecil masyarakat yang aman dan menjadi teladan. Membina keluarga bahagia tidak semudah membina rumah yang fizikal kerana membina rumah fizikal biasanya dapat dijalankan secara teratur berpandukan pelan yang sedia ada. Berpandukan kepada pelan, jurubina rumah akan membuat kerja mengikut arahan yang telah tertera pada pelan asal. Tetapi bagi sebuah rumah tangga antara suami isteri dan anak anak, meskipun dibina atas satu rancangan atau pelan yang khusus lagi teliti, namun sampai masanya ada juga terjadi hal hal yang bertentangan daripada apa yang direncanakan.

Kita seharusnya faham bahawa manusia adalah makhluk Allah yang lemah di mana ada yang mengimpikan cita cita yang tinggi tetapi mencapainya hanya sedikit sahaja, malah ada kalanya gagal sama sekali. Ini menunjukkan dalam setiap usaha manusia ada kuasa lain yang menentukannya. Ertinya kebahagiaan itu milik Allah dan bukannya hak manusia. Suami isteri adalah alat untuk menuju kebahagian, begitu juga anak anak dan harta benda. Semua itu hanyalah alat semata mata untuk mencapai kebahagiaan.


1.1.2 : Konsep Membina Keluarga Bahagia.

Meskipun seseorang gagal dalam kerjayanya di luar rumah, tetapi berjaya membangun keluarga yang kukuh dan sejahtera, maka tetaplah ia dipandang sebagai orang yang berjaya dan bahagia. Sebaliknya orang yang berjaya di luar rumah, tetapi keluarganya berpecah belah, maka ia tidak disebut orang yang beruntung, kerana setinggi manapun kejayaannya, tetapi kegagalan dalam rumah tangga akan terpancar dari air muka dan tercermin pula pada gaya hidup sehariannya. Hidup menjadi gelisah, tidak tenang kerana kegagalannya dalam membina rumahtangga. Itulah sebabnya pasangan ideal dari kata keluarga adalah bahagia. Maknanya, tujuan dari setiap orang yang membina rumahtangga adalah mencari kebahagiaan hidup.


Berkahwin ataupun menikah tidak terlalu sulit, tetapi membangun keluarga bahagia bukan sesuatu yang mudah. Pekerjaan membina bangunan, pertama harus didahului dengan adanya gambar yang merupakan konsep dari bangunan yang diingini. Gambar bangunan boleh didiskusikan dan diubah sesuai dengan konsep fikiran yang akan dituangkan dalam konsep bangunan itu. Demikian juga membina keluarga bahagia, terlebih dahulu orang harus memiliki konsep tentang keluarga bahagia.

Ada 5 konsep membangun keluarga bahagia:
1.
Dalam keluarga itu ada mawaddah dan rahmah:

ô`ÏBur ÿ¾ÏmÏG»tƒ#uä ÷br& t,n=y{ /ä3s9 ô`ÏiB öNä3Å¡àÿRr& %[`ºurør& (#þqãZä3ó¡tFÏj9 $ygøŠs9Î) Ÿ@yèy_ur Nà6uZ÷t/ Zo¨Šuq¨B ºpyJômuur 4 ¨bÎ) Îû y7Ï9ºsŒ ;M»tƒUy5Qöqs)Ïj9 tbr㍩3xÿtGtƒ ÇËÊÈ

Maksudnya : “ dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. [3]

“Mawaddah” adalah jenis cinta membara, sedangkan “Rahmah” adalah jenis cinta yang lembut, siap berkorban dan siap melindungi kepada yang dicintai. Mawaddah saja kurang menjamin kelangsungan rumah tangga, sebaliknya, rahmah, lama kelamaan menumbuhkan mawaddah.

2. Hubungan antara suami isteri harus atas dasar saling memerlukan, seperti pakaian dan yang memakainya.

¨@Ïmé& öNà6s9 s's#øs9 ÏQ$uŠÅ_Á9$# ß]sù§9$# 4n<Î) öNä3ͬ!$|¡ÎS 4 £`èd Ó¨$t6Ï9 öNä3©9 öNçFRr&ur Ó¨$t6Ï9 £`ßg©9 3 zNÎ=tæ ª!$# öNà6¯Rr& óOçGYä.šcqçR$tFøƒrB öNà6|¡àÿRr& z>$tGsù öNä3øn=tæ $xÿtãur öNä3Ytã ( z`»t«ø9$$sù £`èdrçŽÅ³»t/ (#qäótFö/$#ur $tB |=tFŸ2 ª!$# öNä3s9 4 (#qè=ä.ur (#qç/uŽõ°$#ur4Ó®Lym tû¨üt7oKtƒ ãNä3s9 äÝøsƒø:$# âÙuö/F{$# z`ÏB ÅÝøsƒø:$# ÏŠuqóF{$# z`ÏB ̍ôfxÿø9$# ( ¢OèO (#qJÏ?r& tP$uÅ_Á9$# n<Î) È@øŠ©9$# 4 Ÿwur ÆèdrçŽÅ³»t7è? óOçFRr&urtbqàÿÅ3»tã Îû ÏÉf»|¡yJø9$# 3 y7ù=Ï? ߊrßãn «!$# Ÿxsù $ydqç/tø)s? 3 y7Ï9ºxx. ÚúÎiüt6ムª!$# ¾ÏmÏG»tƒ#uä Ĩ$¨Y=Ï9 óOßg¯=yès9 šcqà)­Gtƒ ÇÊÑÐÈ

Maksudnya : “ Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan Makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, Yaitu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf”[4]


Fungsi pakaian ada tiga, iaitu menutup aurat, melindungi diri dari panas dingin, dan perhiasan. Suami terhadap isteri dan sebaliknya harus menfungsikan diri dalam tiga perkara tersebut. Jika isteri mempunyai suatu kekurangan, suami tidak menceriterakan kepada orang lain, begitu juga sebaliknya.Jika isteri sakit, suami akan mencari ubat atau membawa ke doktor, begitu juga sebaliknya. Isteri harus selalu tampil membanggakan suami, suami juga harus tampil membanggakan isteri, dan jangan sebaliknya.


3. Suami isteri dalam bergaul harus menitik beratkan hal-hal yang secara sosial dan bukan hanya melihat dari sudut hukum dan hak.

$ygƒr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#qãYtB#uä Ÿw @Ïts öNä3s9 br& (#qèO̍s? uä!$|¡ÏiY9$# $\döx. ( ÇÊÒÈ ...............

Maksudnya : “ Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi wanita dengan jalan paksaan”

Besarnya mahar, nafkah, cara bergaul dan sebagainya harus memperhatikan nilai-nilai ma`ruf. Hal ini terutama harus diperhatikan oleh suami.

4. Suami isteri hendaklah sentiasa menjaga makanan yang halal.

$ygƒr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qè=ä. $£JÏB Îû ÇÚöF{$# Wx»n=ym $Y7ÍhsÛ Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Arßtã îûüÎ7B ÇÊÏÑÈ

Maksudnya : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”[5]

Menurut ayat al- Quran ini makanan yang halal secara tidak langsung akan member kesan kedalam peribadi seharian kita. Dan semakna dengan makanan, seperti juga rumah, kereta, pakaian dan lain-lain.


5. Suami isteri menjaga aqidah yang benar. Akidah yang keliru atau sesat, misalnya mempercayai kekuatan bomoh, majig dan sebagainya.


1.2 : PERANAN SETIAP INDIVIDU DALAM SESEBUAH ORGANISASI KEKELUARGAAN.

1.2.1 : Peranan Suami dalam Mengemudi Bahtera Rumahtangga.

Suami merupakan ketua keluarga dan pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya. Firman Allah dalam kitab suciNya:

ãA%y`Ìh9$# šcqãBº§qs% n?tã Ï....... ä!$|¡ÏiY9$# ÇÌÍÈ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”[6]

Dan firman Allah :

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3|¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR $ydߊqè%ur â¨$¨Z9$# ...............äou$yfÏtø:$#ur ÇÏÈ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”[7]

Sehubungan dengan itu, Islam mewajibkan kepada para suami dan ketua keluarga ini untuk melaksanakan tanggung jawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam.


Secara ringkasnya, peranan suami dalam mengemudi rumahtangga adalah dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

1) Memberi nafkah (sara hidup) kepada isteri dan anak- anak berupa makan, minum, pakaian dan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah menurut kemampuannya. Firman Allah dalam kitabNya :

÷,ÏÿYãÏ9 rèŒ 7pyèy `ÏiB ¾ÏmÏFyèy ( `tBur uÏè% Ïmøn=tã ¼çmè%øÍ ÷,ÏÿYãù=sù !$£JÏB çm9s?#uä ª!$# 4 Ÿw ß#Ïk=s3ムª!$# $²¡øÿtR žwÎ) !$tB $yg8s?#uä 4 ã@yèôfuŠy ª!$# y÷èt/9Žô£ãã #ZŽô£ç ÇÐÈ

Maksudnya :“Hendaklah orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”.[8]


2) Memberi didikan dan asuhan agama sepenuhnya kepada isteri dan anak-anak serta sanggup berkorban kerana kebahagiaan mereka. Firman Allah:

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#þqè% ö/ä3|¡àÿRr& ö/ä3Î=÷dr&ur #Y$tR $ydߊqè%ur â¨$¨Z9$# ...............äou$yfÏtø:$#ur ÇÏÈ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)…”[9]


Sekiranya suami tidak mampu memberi didikan agama kerana kejahilannya, maka menjadi kewajipannya mencari guru atau menghantar mereka ke tempat-tempat yang boleh menambahkan ilmu agama mereka seperti kelas al-Quran, fardhu ‘ain dan sebagainya.


3) Bertanggungjawab tentang didikan dan pelajaran anak-anak selaras dengan kehendak Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:

كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه أن يهودانه أو ينصرانه أو يمجسان

Maksudnya: “Setiap kanak-kanak itu dilahirkan di atas fitrah (sifat semula jadi) dan keduaibu bapanyalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”

4) Memelihara dan melindungi rumahtangga, isteri dan anak-anak dari sebarang bahaya. Firman Allah S.W.T.:

£`èdqãZÅ3ór& ô`ÏB ß]øym OçGYs3y `ÏiB öNä.Ï÷`ãr Ÿwur £`èdr!$ŸÒè? (#qà)ÍhŠŸÒçGÏ9 £`ÍköŽn=tã 4 bÎ)ur £`ä. ÏM»s9'ré& 9@÷Hxq (#qà)ÏÿRr'sù £`ÍköŽn=tã 4Ó®Lymz`÷èŸÒtƒ £`ßgn=÷Hxq .........................4 ÇÏÈ

Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani edahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka(di tempat tinggal mereka itu) dengan tujuan hendak menyusahkan keadaan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu”[10]

5) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak-anak dengan cara pimpinan yang bijaksana bagi mencapai kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai seorang ketua dalam rumah tangga yang mampu bertindak dalam berbagai keadaan dan suasana dengan penuh bijaksana. Firman Allah:

ãA%y`Ìh9$# šcqãBº§qs% n?tã Ï....... ä!$|¡ÏiY9$# ÇÌÍÈ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan”[11]

1.2.2 : Peranan Isteri Dalam Institusi Kekeluargaan.

Diantara tanggungjawab dan peranan isteri dalam rumahtangga agar dapat memastikan mencapai matlamat keluarga yang barakah,mawaddah dan rahmah :


1. Taat Kepada Suami

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.


Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

“Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.”[12]

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.


Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara berdurhaka kepada Allah SWT.[13]

Setelah menikah, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin dari suami.


Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.”[14]


Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayanii kemauan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

2. Melayani Suami.

Isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.


Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.[15]

Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

3. Menguruskan Rumahtangga.

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.


Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak menghambur-hamburkan uang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan.

4. Menjaga martabat Diri, Suami Dan Kelurga.

Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, berkunjung sanak saudara atau keluar, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian serta berkelakuan baik. Si isteri perlu menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku. Firman Allah:

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# @è% y7Å_ºurøX{ y7Ï?$uZt/ur Ïä!$|¡ÎSur tûüÏZÏB÷sßJø9$# šúüÏRôム£`ÍköŽn=tã `ÏB £`ÎgÎ6Î6»n=y_ 4 y7Ï9ºsŒ #oT÷Šr& br& z`øùt÷èムŸxsù tûøïsŒ÷sム3šc%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÎÒÈ

Maksudnya : “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."[16]

5. Menyenangkan Hati Suami

Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa saja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah dari si suami yang melebihi dari kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil saja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.


Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan dandanan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wewangian yang dapat menarik perhatian si suami.

6. Pendorong Dan Motivasi

Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diartikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghibur hatinya.


1.2.3 : Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa

1. Berbuat baik kepada ibubapa

Sesungguhnya berbuat baik dan berjasa kepada kedua ibubapa adalah suatu amalan yang mulia dalam Islam. Bahkan redha Allah kepada anak bergantung kepada redha kedua ibubapa terhadapnya. Sabda Rasulullah Salallahu’alihiwasallam (bermaksud):

“Redha Allah itu berada dalam redha kedua orang tua dan murka Allah itu berada dalam murka kedua orang tua”. [17]


Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiallahu’anhu, bahawa ia berkata:

“Seorang lelaki datang menghadap Rasulullah seraya berkata, ‘Aku mengadakan perjanjian denganmu untuk berhijrah dan berjihad demi mencari pahala daripada Allah’. Nabi bertanya, ‘Apakah ada seorang di antara kedua orang tuamu yang masih hidup?’.Ia menjawab, ‘Bahkan keduanya masih hidup.’ Rasulullah bertanya lagi, ‘Apakah engkau mahu mencari pahala daripada Allah?’. Ia menjawab, ’Ya’. Nabi bersabda, ‘Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan pergaulilah (layanlah) mereka dengan baik.”

Dikisahkan bahawa Jahamah radhiallahu’anhu telah mendatangi Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam seraya berkata,

“Wahai Rasulullah, aku ingin berperang dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu.” Nabi bertanya, “Apakah engkau mempunyai ibu?” Ia menjawab, “Ya”. Beliau bersabda, “Tinggallah dan berbaktilah kepadanya kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu.”

2. Menghargai dan mengetahui tanggungjawab terhadap ibubapa.

Islam telah mengangkat tinggi darjat kedua ibubapa sehingga sifat ihsan (berbuat baik) kepada kedua ibubapa telah diletakkan sebagai darjat kedua selepas darjat iman kepada Allah dan beribadah kepadaNya. Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:

(#rßç6ôã$#ur ©!$# Ÿwur (#qä.ÎŽô³è@ ¾ÏmÎ/ $\«øx© ( Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $YZ»|¡ômÎ) ÉÎ/ur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ3»|¡yJø9$#ur Í$pgø:$#ur ÏŒ 4n1öà)ø9$# Í$pgø:$#ur É=ãYàfø9$#É=Ïm$¢Á9$#ur É=/Zyfø9$$Î/ Èûøó$#ur È@Î6¡¡9$# $tBur ôMs3n=tB öNä3ãZ»yJ÷ƒr& 3 ¨bÎ) ©!$# Ÿw =Ïtä `tB tb%Ÿ2 Zw$tFøƒèC #·qãsù ÇÌÏÈ

Maksudnya :“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa.”[18]

Al-Qur’anul karim memandang mulia terhadap orang yang bersifat ihsan dan berbuat

baik terhadap kedua ibubapa. Malah setiap anak dituntut agar berakhlak dengan akhlak yang mulia tatkala bergaul dan berbicara dengan kedua ibubapa, lebih-lebih lagi setelah keduanya mencapai umur tua, lemah dan nyanyuk.Firman Allah Subhanahuwata’ala:

4Ó|Ós%ur y7/u žwr& (#ÿrßç7÷ès? HwÎ) çn$­ƒÎ) Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $·Z»|¡ômÎ) 4 $¨BÎ) £`tóè=ö7tƒ x8yYÏã uŽy9Å6ø9$# !$yJèdßtnr& ÷rr& $yJèdŸxÏ. Ÿxsù @à)s? !$yJçl°;7e$é& Ÿwur $yJèdöpk÷]s? @è%ur $yJßg©9 Zwöqs% $VJƒÌŸ2 ÇËÌÈ ôÙÏÿ÷z$#ur $yJßgs9 yy$uZy_ ÉeA%!$# z`ÏB ÏpyJôm§9$# @è%ur Éb>§ $yJßg÷Hxqö$# $yJx.ÎT$u­/u #ZŽÉó|¹ ÇËÍÈ

Maksudnya : “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan perkataan ‘ah’ dan jangan lah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh rasa kasih sayang dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”[19]


3. Berbakti kepada ibubapa sekali pun mereka bukan Muslim.
Asma’ binti Abu Bakar Radhiallahu’anhuma telah berkata (yang bermafhum):

“Aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik (belum masuk Islam) di zaman Rasulullah Salallahu’alaiwasallam, lalu aku minta fatwa daripada Rasulullah saw. Aku berkata, “Aku telah bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?” Jawab Rasulullah, “ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.”[20]

Hendaklah setiap anak memuliakan kedua ibubapa sekali pun mereka bukan Muslim. Berbicara kepada mereka dengan penuh kelembutan dan sopan santun. Ibn Sirin bercakap dengan ibunya dengan suara yang lemah lembut seolah-olah suara orang sakit lantaran menghormati dan memuliakan ibunya.


4. Takut menderhakai ibubapa.
Hendaklah setiap anak takut menderhakai ibubapa kerana sikap tersebut membawa akibat yang hina sehingga boleh setaraf dengan orang-orang musyrikin, iaitu orang-orang yang menyekutukan Allah. Ia dosa yang paling besar dan kesalahan yang paling keji. Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam (yang bermafhum):

“Adakah tidak aku beritahu kepada kamu tentang sebesar-besar dosa?”. Baginda mengulanginya tiga kali. Kami berkata, “Bahkan tidak, ya Rasulullah.” Sabda Baginda, “Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibubapa.”

Anak-anak yang berbuat derhaka kepada kedua ibubapa bukan saja mendapat dosa besar, bahkan amalnya menjadi sia-sia dan akan diberi balasan yang buruk oleh Allah, baik di dunia mahupun di akhirat. Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:

“Ada tiga jenis orang yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk memasuki syurga, iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya dan orang hina yang menempatkan keburukan di dalam keluarganya.”


1.3 : HAK DAN TANGGUNGJAWAB.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berdiskusi untuk kebaikan bersama. Diskusi lebih baik dari bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak saja. Malah, dengan diskusi juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebaikan.


Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk pekerjaan rumah. Dalam hal begini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat. Apabila seorang dari mereka melakukan perkara yang diharamkan, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalangi pasangan masing-masing dari melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebaikan.


Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana pernikahan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.


Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.


Salah satu hikmah menikah ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjamaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjamaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda dari solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjamaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha segala upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

BAB 2

SURI TELADAN DALAM RUMAH TANGGA RASULULLAH SAW.

2.1 Contoh luhur tentang masalah suami isteri.

Tidak diragukan bahawa perjalanan hidup Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya merupakan contoh bagi setiap muslim dan muslimah. Dari perjalanan hidup yang semerbak wangi penuh berkat ini perlu menjadi bahan pelajaran dan pendidikan bagi mereka. Perlu diletakkan focus pandangan yang menjadi petunjuk sepanjang kehidupan.

Kehiudupan Rasulullah s.a.w bersama isteri-isterinya merupakan walaupun dengan keluhuran dan kesuciannya, tidak lepas dari berbagai perbezaan, Rasulullah s.a.w juga seorang manusia dengan semua kalimat yang diinginkannya, sementara isteri-isteri baginda juga seorang manusia, dimana semua masalah manusia dalam kehidupan ini juga terjadi pada nabi manusia dengan semua masalah dan perbezaan.


Dengan keadaan seperti itu, rumah tangga Rasulullah saw juga tidak tandus dari keruhnya perbezaan rumah tangga. Cubalah pertikan ketika Rasulullah s.a.w yang merupakan makhluk yang paling dicintai Allah swt berbicara kepada A’isyah r.a yang merupakan isteri yang paling dicintainya:

Ertinya : “sesungguhnya aku tahu bila kamu suka kepadaku dan bila kamu marah.” Dia berkata : “ Aku bertanya: “ Dari mana anda tahu itu?” Rasulullah saw bersabda : Jika kamu suka kepada maka kamu akan berkata. “ Tidak, Demi Tuhan Muhammad Saw. Dan jika kamu marah kepadaku, kamu berkata: “ Tidak demi Tuhan Ibrahim.” Dia berkata: “ Aku berkata: “ Benar, demi Allah. Wahai Rasulullah saw aku tidak menghindari kecuali namamu saja.” [21]


Yakni dia meninggalkan namanya sahaja ketika marah tetapi hatinya tetap mencintai Rasulullah saw.


Dari hadith ini dapat disimpulkan adanya sebagai sebahagian dari pertengkaran keluarga didalam rumah tangga Rasulullah yang mentimbulkan kemarahan dari salah satu pihak atau dua pihak kepada yang lain, tetapi kemarahan ada sendiri bersifat temporer dan cepat sekali hilang dan tidak meningkat hingga menjadi kebencian dan ketidaksukaan. Dan tidak mencapai suatu batas rosaknya pranata siang malam, sebagaimana yang kita lihat di hari ini maka Rasulullah saw kadang kala mengingkat nama A’isyah r.a dan kadang kala memanggilnya dengan panggilan yang ya A’isyah! Ya Uwaisy!! Ya Humairak, untuk menenangkan hatinya.



2.2 Masalah nafkah dan bagaimana jalan keluarnya.

Pernah terjadi pertengkaran antara Rasulullah saw dengan isteri-isterinya berkait dengan masalah nafkah. Mereka datang untuk meminta nafkah dan harta dunia, sementara Rasulullah saw tidak mempunyainya dan sama sekali bukan kedekut untuk dirinya.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a berkata: “ Masuklah Abu Bakar maka dia mendapati ramai orang duduk dihadapan pintu Rasulullah saw dan beliau tidak member izin kepada salah seorang diantara mereka. Rawi berkata: “ Maka Rasulullah saw member izin kepada Abu Bakar r.a dan langsung masuk. Kemudian datanglah Umar r.a yang meminta izin dan diberi izin. Ternyata dia mendapati Rasulullah saw sedang duduk dan di sekitarnya terdapat isteri-isterinya. Baginda berdiam diri. Umar r.a berfikir: aku akan mengatakan sesuatu yang dapat membuat Rasulullah saw ketawa. Aku akan berbicara kepada Rasulullah saw mungkin dia akan ketawa. Umar r.a berkata: “ Wahai Rasulullah, andai anda melihat Zaid ( isteri Umar ) baru sahaja dia meminta nafkah kepadaku, maka aku mengikat lehernya.” Rasulullah saw pun ketawa sampai gigi serinya terlihat. Rasulullah saw bersabda: “ Mereka berada disekitarku bagaimana yang kamu lihat, mereka meminta nafkah kepadaku.”


Abu Bakar berdiri menghampiri A’isyah r.a mengikat lehernya, Umar r.a berdiri menghampiri Hafshah r.a dan mengikat lehernya. Keduanya berkata: “ Kamu meminta kepada Rasulullah saw dan beliau tidak memilikinya?” Mereka menjawab: “ Demi Allah, kami tidak akan meminta kepada Rasulullah saw dengan sesuatu yang tidak dimilikinya.” Kemudian Rasulullah saw mengucilkan mereka selama satu bulan atau 29 hari, kemudian turunlah ayat:

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# @è% y7Å_ºurøX{ bÎ) £`çFZä. šc÷ŠÎè? no4quŠysø9$# $u÷R9$# $ygtFt^ƒÎur šú÷üs9$yètFsù £`ä3÷èÏnGtBé& Æä3ômÎhŽ| é&ur %[n#uŽ| WxŠÏHsd ÇËÑÈ bÎ)ur £`çFZä. šc÷ŠÎè? ©!$# ¼ã&s!qßuur u#¤$!$#ur notÅzFy$# ¨bÎ*sù ©!$# £tãr& ÏM»oYÅ¡ósßJù=Ï9 £`ä3ZÏB #·ô_r& $VJŠÏàtã ÇËÒÈ

Maksudnya: Wahai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya Aku berikan kepada kamu pemberian Mut'ah (sagu hati), dan Aku lepaskan kamu Dengan cara Yang sebaik-baiknya."Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (Nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka Sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang Yang berbuat baik di antara kamu: pahala Yang besar".[22]

Rawi berkata : “ Maka Rasulullah saw memulai dengan A’isyah Baginda bertanya: “ Hai A’isyah, Aku ingin menawarkan sesuatu kepadamu, dimana aku tidak ingin kamu terburu member keputusan sampai kamu bermesyuarat dengan kedua orang tuamu.” Dia bertanya : “ Penawaran apakah itu, wahai Rasulullah saw?”

Maka Rasulullah saw membaca ayat tersebut. Dia berkata: Apakah untuk dirimu, wahai Rasulullah saw, aku mesti bermesyuarat dengan kedua orang tuaku? Tidak, tapi aku memilih Allah swt, Rasulullah dan Akhirat dan aku memohon kepadamu untuk tidak menceritakan apa yang aku katakana kepada isteri-isterimu.”

Rasulullah saw menjawab: “Tidaklah ada seorang wanita dari mereka yang bertanya kepadaku melainkan aku akan menceritakannya, kerana Allah swt tidak mengutusku untuk menjadi orang menyulitkan dan suka mencari kesalahan, tapi Dia mengutusku untuk menjadi seorang yang member ajaran dan memberikan kemudahan.” [23]


2.3 Pengasingan rasulullah saw terhadap zainab dan kemarahan baginda terhadapnya.

Rasulullah saw marah kepada Ummil Mukminin Zainab ra dan mengisolasinya selama dua atau tiga bulan. Diriwayatkan dari A’isyah r.a berkata:

“Unta Shafiyah binti Huyayin kesakitan, sementara Zainab r.a mempunyai unta yang berlebih, Rasulullah saw bersabda kepadanya: “ Berikan seekor unta kepadanya.” Tapi Zainab ra menjawab: “Apakah aku harus memberikan wanita Yahudi itu?” Maka Rasulullah saw marah dan menguncilkannya selama bulan Dzulhijjah, Muharram dan sebahagian Safar.[24]


Dari hadith ini kita dapat melihat bagaimana Rasulullah saw menyelesaikan sebahagian masalah dan pertengkarannya dengan isteri-isterinya, iaitu menguncilkan kepada orang salah sampai dia mengakui kesalahnya, dan dengan begitu dia tidak akan mengulanginya untuk kedua kali. Andai sahaja suami-suami pada masa kini mahu cuba cara yang jitu ini, sebagaimana ganti dari sikap terburu-buru untuk melakukan barang halal yang paling benci Allah swt iaitu perceraian.

2.4 Menghindarkan a’isyah r.a daripada pukulan bapanya.

Suatu ketika Abu Bakar r.a mengunjungi Rasulullah saw ternyata dia mendengar anaknya - A’isyah r.a – bersuara keras kepada Rasulullah saw Apabila masuk, dia terus ingin menamparnya. Dia berkata:

“ Aku tidak pernah mengajarimu untuk bersuara keras kepada Rasulullah saw!?” Tapi Rasulullah saw segera mencegahnya dan Abu Bakar r.a keluar dengan marah. Ketika Abu Bakar r.a keluar, kepada A’isyah ra. Rasulullah saw bersabda : “ Bagaimana kamu melihatku telah menyelamatkanmu daripada lelaki?”


Abu Bakar berdiam diri selama beberapa hari, kemudian datang meminta izin kepada Rasulullah saw dan mendapati keduanya sudah berdamai. Kepada mereka berdua, dia berkata:

“ kamu berdua memasukkanku ke dalam perang kamu berdua.” Rasulullah saw bersabda : “ Kami telah melakukannya. Kami telah melakukannya.”[25]


Perhatikanlah cara yang begitu mengagumkan ini, yang menjadi seorang isteri yang marah kembali menjadi manis. Itu merupakan sebuah cara yang mudah, tidak lebih daripada menyebutkan kepada isteri dengan sebahagian daripada kebaikan suami kepadanya, dan dengan cara yang baik apa yang telah diperbuatnya untuk sang isteri, dan dalam keadaan seperti itu, seorang isteri yang baik tidak akan berfikir lagi selain kembali rukun.

2.5 Merendam kecemburuan pada sebahagian isterinya.

Diceritakan kisah kecemburuan A’isyah ra kepada Shafiyah binti Huyayin ra dan ucapan buruknya bersama Rasulullah saw. Dia berkata:

“Aku pergi bersama Rasulullah saw dan juga bersama isteri-isterinya. Perbekalanku sendiri cukup ringan dan aku menaiki unta yang kuat. Sementara bekal Shafiyah cukup berat dan menaiki unta yang lamban. Maka dimenjadikan kami lambat. Rasulullah saw bersabda: “Pindahkan barang A’isyah keatas unta Shafiyah dan pindahkan barang Shafiyah keatas unta A’isyah supaya perjalanan ini lancar.”


Ketika melihat itu, aku berkata: “ Hai hamba Allah, wanita Yahudi ini sudah mengalahkan kita di mata Rasulullah saw!?”


Rasulullah saw bersabda: “Hai Ummi Abdillah, barangmu itu ringan dan barang Shafiyah berat, maka rombongan ini menjadi lambat, maka kami pindahkan barangnya ke untamu dan barangmu ke untanya.”


A’isyah ra berkata: “Maka aku bertanya: “Apakah engkau menganggap dirimu sabagai Rasulullah saw?” A’isyah berkata: “Rasulullah saw tersenyum dan bersabda: “Apakah kamu ragu, wahai Ummi Abdillah?” Aku berkata: “ Bukankah kamu menganggap dirimu sebagai Rasulullah saw kenapa kamu tidak berbuat adil?”


Ternyata Abu Bakar ra mendengarku dan dia mempunyai sikap yang keras. Diapun menghampiriku dan menampar wajahku. Rasulullah saw bersabda : “ sabar, Abu Bakar.” Dia berkata: “ Wahai Rasulullah saw tidakkah engkau mendengar apa yang dikatakannya?”


Rasulullah saw bersabda: “ Sesungguhnya orang yang cemburu tidak akan dapat melihat bahagian dalam jurang dari atasnya.” [26]

Cemburu merupakan karakter wanita, andai sahaja lelaki memperlakukan wanita dengan , mengikuti rasa kecemburuan, maka rosaklah kehidupan dan kehidupan rumah tangga tidak akan selamat daripada api kecemburuan ini. Tetapi Allah swt memberikan banyak akal di dalam hati kaum lelaki, sabar, bijak dan tidak terburu-buru. Maka Rasulullah saw menjadi contoh bagi kita menerima sindiran A’isyah ra dengan sabar dan bijaksana, maka terkuaklah kebuntuan itu dan kehidupanpun kembali seperti sediakala.


2.6 Perlindungan Rasulullah saw terhadap A’isyah ra. Daripada pukulan bapanya.

Suatu ketika terjadi pertengkaran antara Rasulullah saw dengan A’isyah ra dan Abu Bakar ra bertindak menjadi penengah antara mereka berdua. Kepada A’isyah ra Rasulullah saw bersabda:

“ Kamu yang berbicara atau aku yang berbicara?” A’isyah ra menjawab: “ Berbicaralah kamu dan jangan katakana kecuali kebenaran.” Maka Abu Bakar ra , menamparnya sampai mulut A’isyah ra berdarah. Dia berkata: “Apakah dia pernah mengatakan selain kebenaran, hai wanita yang memusuhi diri sendiri?” Maka A’isyah ra berlindung kepada Rasulullah saw dan duduk di belakang punggungnya. Rasulullah saw bersabda: “ kami tidak mengundangmu untuk ini, dan kami tidak menginkan hal ini darimu.”[27]

Begitulah kesabaran dan kebijaksanaan Rasulullah saw dalam mengatasi masalah ini.

2.7 A’isyah ra. Dan Hafshah ra berkomplot menyerang Zainab ra.

Suatu ketika A’isyah dan Hafshah ra. Bersepakat untuk melakukan suatu yang menjadikan Rasulullah saw bersedih. Dan untuk kes ini kemudian turun ayat al-Qur’an yang akan terus dibaca sampai hari kiamat. Dan menjadi warisan sejarah bagi A’ishah ra.A’ishah ra berkata:

“Rasulullah saw sedang berdiam dirumah Zainab binti Jahsyin ra dan meminum madu. Kemudian aku dan Hafshah ra berpesan, siapa pun yang mendapat kunjungan Rasulullah saw harus mengatakan kepadanya: “Aku mencium buah maqhafir dari anda.”


Maka masuklah Rasulullah saw kepada salah seorang daripada mereka. Dia pun mengatakan ucapan yang sudah dirancang kepada beliau yang Rasulullah saw menjawab:

“ Bukan justeru aku minum madu dirumah Zainab binti Jasyin ra aku tidak akan mengulanginya.”


Maka turunlah ayat:

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# zOÏ9 ãPÌhptéB !$tB ¨@ymr& ª!$# y7s9 ( ÉótGö;s? |N$|ÊötB y7Å_ºurør& 4 ª!$#ur Öqàÿxî ×LìÏm§ ÇÊÈ ôs% uÚtsù ª!$# ö/ä3s9 s'©#ÏtrB öNä3ÏZ»yJ÷ƒr& 4ª!$#ur óOä39s9öqtB ( uqèdur ãLìÎ=yèø9$# ãLìÅ3ptø:$# ÇËÈ øŒÎ)ur §Ž| r& ÓÉ<¨Z9$# 4n<Î) ÇÙ÷èt/ ¾ÏmÅ_ºurør& $ZVƒÏtn $£Jn=sù ôNr'¬7tR ¾ÏmÎ/ çntygøßr&ur ª!$# Ïmøn=tã t$¡tã¼çmŸÒ÷èt/ uÚ{ôãr&ur .`tã <Ù÷èt/ ( $£Jn=sù $ydr'¬6tR ¾ÏmÎ/ ôMs9$s% ô`tB x8r't7/Rr& #x»yd ( tA$s% uÎTr'¬7tR ÞOŠÎ=yèø9$# 玍Î6yø9$# ÇÌÈ bÎ) !$t/qçGs? n<Î) «!$# ôs)sùôMtó|¹ $yJä3ç/qè=è% ( bÎ)ur #tyg»sàs? Ïmøn=tã ¨bÎ*sù ©!$# uqèd çm9s9öqtB ã@ƒÎŽö9Å_ur ßxÎ=»|¹ur tûüÏZÏB÷sßJø9$# ( èpx6Í´¯»n=yJø9$#ur y÷èt/ y7Ï9ºsŒ ÎgsßÇÍÈ

Maksudnya: Wahai Nabi! mengapa Engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa Yang Dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) Engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (Wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah); dan Allah ialah Pelindung Yang mentadbirkan keadaan kamu, dan ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia Yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia Yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan Yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah Yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (tentang Segala perkara Yang nyata dan Yang tersembunyi) ". jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (Wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah Yang sewajibnya), kerana Sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara Yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka Yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang Yang soleh dari kalangan orang-orang Yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.[28]

Dan turunlah ayat:

øŒÎ)ur §Ž| r& ÓÉ<¨Z9$# 4n<Î) ÇÙ÷èt/ ¾ÏmÅ_ºurør& $ZVƒÏtn $£Jn=sù ôNr'¬7tR ¾ÏmÎ/ çntygøßr&ur ª!$# Ïmøn=tã t$¡tã ¼çmŸÒ÷èt/ uÚ{ôãr&ur .`tã <Ù÷èt/ ( $£Jn=sù $ydr'¬6tR¾ÏmÎ/ ôMs9$s% ô`tB x8r't7/Rr& #x»yd ( tA$s% uÎTr'¬7tR ÞOŠÎ=yèø9$# 玍Î6yø9$# ÇÌÈ

Maksudnya: dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia Yang tersebut (kepada seorang madunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia Yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan Yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: "Siapakah Yang memberi tahu hal ini kepada tuan? " Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya (tentang Segala perkara Yang nyata dan Yang tersembunyi) ".[29]


Ayat ini turun kerana ucapan Rasulullah saw:

“Justeru aku meminum madu.” Ibrahim bin Musa, daripada Hisyam berkata: “ Justeru ayat tersebut turun kerana ucapan Rasulullah saw : “ Aku tidak akan menglanginya. Aku sudah bersumpah, maka jangan ceritakan itu kepada siapapun.” [30]


A’isyah dan Hafshah ra menduga bahawa rekayasa yang mereka lakukan akan menyebabkan Rasulullah saw tidak mahu berdiam di rumah Zainab binti Jahsyin ra dan minum madu, hal itu kerana kecemburuan mereka terhadap Zainab ra. Tetapi kadang kala angin bertiup tidak sesuai dengan arah perahu, maka masalahpun berkembang. Perkembangan itu adalah penceritaan Hafshah ra terhadap rahsia Rasulullah saw kepada A’isyah ra iaitu ketika Hafshah ra menceritakan jawapan Rasulullah saw:

“ Justeru aku minum madu dirumah Zainab binti Jahsyin ra dan aku tidak akan kembali lagi.”


Firman Allah swt yang bererti : “ dan Allah memberitahu hal itu ( semua pembicaraan antara Hafshah dan A’isyah) kepada Muhammad,” (Surah Al-Tahrim:3), maka Allah swt memberitahu apa yang dibicarakan Hafshah ra kepada A’isyah ra terhadap Rasulullah saw yang kemudiannya diperlihatkan sebagian kepda Hafshah ra dan sebahagian yang lain tidak diperlihatkan kerana menghormati dan menjaga perasaannya, sehingga Allah swt berfirman: “Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya ati kamu telah condong ( untuk menerima kebaikan),” maka firman ini ditujukan kepada Hafshah dan A’isyah.



2.8 Diantara Hafshah dan Mariyah ra.

Suatu hari Hafshah ra pergi mengunjungi bapanya, dan datanglah Mariyatul Qibtiyah kepada Rasulullah saw untuk suatu kepentingan, sementara Rasulullah saw untuk suatu kepentingan, sementara Rasulullah saw sendiri menempatkan Mariah di suatu rumah tersendiri, jauh dari rumah isteri-isterinya yang berada disekitar masjid.


Maka Rasulullah saw memasukannya di bilik Hafshah ra bersamanya. Dan ketika Hafshah ra datang dan mendapati tabir rumahnya diturunkan, dan tahu bahawa Rasulullah saw bersama Mariah didalam rumahnya, dia menunggu dan mulailah kecemburuannya membakar dirinya. Ketika Mariah keluar, diapun masuk dengan tangis yang membelah suasana. Dia berkata: “Apa yang kamu lakukan terhadapmu, jika tidak ada prasangkaku kepadamu?”


Rasulullah saw melihat kemarahan dan kedongkolan pada Hafshah ra maka baginda bersumpah kepadanya bahawa Mariah adalah wanita yang suci, kerana dia menolak dari semua yang terjadi. Diapun menyimpan rahsia baginda. Hafshah ra menjadikan Rasulullah saw sebagai salah satu rahsianya, tapi Hafshah mendedahkan rahsia ini kepada A’isyah ra kemudian tersebarlah rahsia itu antara semua isteri Rasulullah saw di dalam hati merekapun berkecamuk suatu anggapan: “Kami sudah sabar dengan pilihan Rasulullah terhadap anak gadis Abu Bakar, dan tidak ada tersisa kecuali budak Mesir itu? Lantas di mana kehinaan ini?”


Rasulullah saw mendapat pengetahuan dari tuhannya bahawa Hafshah ra telah menyebarkan rahsia yang terjadi antara dirinya dengan Hafshah ra maka beliau murka kepadanya sehingga dalam sebuah versi disebutkan bahawa Rasulullah saw menceraikannya, kemudian merujuknya kembali kerana merasa sangat kasihan dengan ayahnya Umar bin Al-khattab ra yang merasa sangat bersedih dengan peristiwa itu dan mengikuti perintah Jibril as: “Rujuklah Hafshah, kerana dia adalah wanita yang suka berpuasa dan melakukan solat malam. Dan dia adalah isterimu kelak di syurga.”


Hafshah pun menyesali apa yang telah dilakukan, kerana kewiraan, takwa dan begitu besar cintanya kepada Rasulullah saw.


2.9 Hadiah di hari A’isyah.

A’isyah ra. berkata: “ Isteri-isteri Rasulullah saw mengirimkan Fatimah kepada Rasulullah saw. Diapun meminta izin, sementara Rasulullah saw bersamaku didalam selimutku. Baginda menginzinkannya. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, isteri-isterimu mengirimku kepada anda untuk meminta keadilan tentang anak gadis Abu Quhafah.” Aku hanya berdiam diri, maka Rasulullah saw bertanya: “ Hai anakku, tidakkah kamu mencintai apa yang aku cintai?” Dia menjawab: “Benar.” Rasulullah saw bersabda: “Maka cintailah wanita ini.”


Mendengar sabda itu, Fatimah ra berdiri, kembali kepada isteri-isteri Rasulullah saw dan menceritakan apa yang dia dan baginda katakana kepadanya. Mereka berkata: “ Kami tidak melihat dirimu member manfaat apapun kepada kami, kembalilah kepada Rasulullah saw dan katakana kepadanya bahawa isteri-isterimu menyanjung keadilan tentang anak gadis Abu Quhafah.” Fatimah menjawab: “Demi Allah swt, tidak. AKu tidak akan mengatakan tentang dirinya untuk selamanya.


A’isyah ra berkata: “Maka isteri-isteri Rasulullah saw mengutuskan Zainab bin Jahsyin kepada Rasulullah saw. Zainab sendiri dianggap sebagai wanita yang menyamai kedudukan diriku di hadapan Rasulullah saw. Aku sendiri tidak pernah melihatwanita yang lebih baik di dalam agama, lebih bertakwa kepada Allah lebih jujur dalam bicara, menjalinkan hubungan persaudaraan, lebih sedekahnya, dan lebih mencurahkan dirinya dalam beramal yang menjadikannya sedekah kepada Allah dibandingkan Zainab binti Jahsyin.


Maka diapun meminta izin kepada Rasulullah saw yang bersama A’isyah ra didalam selimutnya, seperti ketika Fatimah ra masuk kepadanya. Rasulullah saw menginzinkan dan dia berkata: “Wahai Rasulullah, isteri-isteri anda mengirim saya untuk meminta keadilan tentang anak gadis Abu Quhafah.” Diapun berbicara tentang diriku panjang lebar, sementara aku mengawasi Rasulullah saw mengamati pandangan matanya, apakah baginda memberi izin kepadaku untuk terlibat dalam masalah ini.


Tiada hentinya Zainab berbicara sampai aku mengetahui bahawa Rasulullah saw tidak merasa segan jika aku membantu. Dan ketika aku berbicara panjang lebar tentang dirinya, akupun tidak menyerangnya gingga tersinggung perasaannya. Rasulullah saw bersabda : “Dia adalah anak Abu Bakar.” Begitulah masalah ini diatasi dan diselesaikan.


2.10 Pandangan Syeikh ‘Aid al-Qarni tentang kedudukan wanita.

Betapa mulainya wanita dalam gambaran pemilik syariat yang penuh dengan tolenrasi, agama yang cerah, maka Rasulullah saw menjelaskan dengan sabdanya:

"خيركم خيركم لأهله

Maksudnya: “Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya.”

Wahai umat manusia, sudakkah kamu mendenga hadith berikut:

"استوصوا بالنساء خيرا فإنهن عندكم عوان"

Ertinya: “ Takutlah kamu kepada Allah berkait dengan masalah wanita, kerana mereka adalah pembantu untuk kamu.”


Dan didalam rumah Rasulullah saw terdapat isteri-isteri yang paling baik yang selalu bergembira, ceria selalu memenuhi rumah dengan kedamaian dan canda, kegembiraan, jiwa yang baik, tiada derita, pergaulan yang penuh kasih saying, penampilan menarik, selalu memberikan berita yang menyenangkan, tidak ada caci maki dan kebencian, tidak ada saling menuntut dan memukul, lebih suka memaafka berbanding mencela, bijak kepada orang yang mencaci maki.


Kita pun juga melihat cinta Rasulullah saw terhadap anak perempuan, kasihnya kepada orang yang lemah, beliau juga mahu menggendong anak perempuannya sementara beliau menjadi imam. Jika sujud diletakkan dan ketika bangun diangkat dan digendong. Beliau pun berdiri untuk Fatimah ra yang bercahaya, mendudukannya di tempatnya, seolah-olah kegembiraan hidup disiramkan kepadanya dan seolah-olah dunia diletakkan di hadapannya.

Dalam sebuah syair dikatakan:

Dia adalah anak gadis orang yang menjadi ibu semua orang

Siapa yang dapat memnandingi keluhurannya?

Bapanya Rasul yang paling mulia

Dengan asuhan tauhid malaikat Jibril.

Ali menjadi suaminya yang tidak menghunus selain pedang yang kelak ditangannya penuh darah.


Rasulullah saw juga, duduk untuk memberikan pendidikan kepada kaum wanita pada masa-masa tertentu, memancarkan kebajikan dan kemuliannya kepada mereka, seolah-olah hujan deras yang menerpa tanah yang tandus, sementara air menggenangi tanah yang kering, maka beliau pun memenuhi hati yang dengan cinta, memenuhi jiwa dengan kedamaian dan kedekatan, yang memberikan berita gembira kepada anaknya mati bahawa dia akan mendapatkan kenikmatan yang lestari.Maka semua wanitapun berharap bahawa anak kecilnya meninggal sebelum dirinya, demi melihat besarnya pahala yang ada.


Baginda juga memberitahu tentang wanita yang taat kepada suaminya, bahawa syurga akan menjadi tempat kembalinya, syurga Firdaus akan menjadi rumahnya. Baginda mahu duduk berlama-lama bersama wanita yang banyak mengadu, mahu menghiburkan wanita yang banyak menangis. Andai sahaja kasih dapat digambarkan, maka bagindalah gambaran tentang kasih. Andai kelembutan merupakan sebuah bentuk, maka dia akan ada didalam jubahnya. Datanglah kepadanya wanita yang diterpa musibah dengan takut dan kacau, dengan kekalutan dan kecemasan. Maka tidaklah ada selain ketika dia melihat pancaran dahinya, kemudahan agamanya, kelembutan yang tidak berbatas dan akhlaknya yang terpuji, maka wanita itupun sudah kembali ceria hatinya, cerah kembali akal dan keyakinannya.


BAB 3

SIRI TELADAN PARA SAHABAT.

3.1 PENGENALAN SIRI TELADAN SAHABAT.

Saidina Abu Bakar (ASH-SHIDDIQ) .Beliau berkahwin dengan anak-abdullah & asma. Seterusnya beliau berkahwin pula dengan Ummu Ruman dan dikurniakan dua orang anak iaitu Abdul Rahman & Aishah Ummul Mukminin.


Rasulullah saw selalu menziarah rumah Abu Bakar. Ummu Ruman selalu menghidangkan makanan yang baik-baik. Rumah Abu Bakar adalah rumah yang penuh dengan unsur Islami yang baik & isterinya mempunyai profil wanita solehah. Isterinya selalu berada di samping beliau untuk meringankan penderitaan. Ummu Ruman juga adalah sebaik-baik ibu yang penuh dengan kasih sayang dalam mendidik anak-anaknya. Ketika Rasulullah saw melamar Aisyah r.a, kegembiraan Ummu Ruman tiada tandingnya.


Kisah fitnah zaman :

Pada suatu ketika, Aisyah pernah difitnah dengan seorang munafik iaitu Ibnu Salul. Aisyah r.a tertinggal dari rombongan Nabi saw kerana Aisyah r.a tertidur. Pada masa yang sama, ada seorang hamba melalui kawasan tersebut kemudian dia menumpangkan Aisyah r.a. Lalu seorang tokoh pembohong dan munafik iaitu Ibnu Salul membuat fitnah yang kononnya Aisyah r.a berkhalwat dengan hamba tersebut.

¨bÎ) tûïÏ%©!$# râä!%y` Å7øùM}$$Î/ ×pt6óÁãã ö/ä3YÏiB 4 Ÿw çnqç7|¡øtrB #uŽŸ° Nä3©9 ( ö@t/ uqèd ׎öyz ö/ä3©9 4 Èe@ä3Ï9 <͐öD$# Nåk÷]ÏiB $¨B |=|¡tFø.$#z`ÏB ÉOøOM}$# 4 Ï%©!$#ur 4¯<uqs? ¼çnuŽö9Ï. öNåk÷]ÏB ¼çms9 ë>#xtã ×LìÏàtã ÇÊÊÈ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang membawa berita Yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita Yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan Dengan kesalahan Yang dilakukannya itu, dan orang Yang mengambil bahagian besar Dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa Yang besar (di dunia dan di Akhirat).[31]


3.2 KELUARGA ABU BAKAR (As-Siddiq)

Kasih sayang Abu Bakar pada keluarga dikenang sepanjang hidupnya. Beliau tidak pernah berlaku keras kecuali dalam hal yang berkaitan akidah dan pendidikan.


Abu Bakar berkahwin dengan dua orang isteri semasa zaman jahiliyyah dan berkahwin dengan dua orang isteri pula pada zaman Islamnya. Antara isterinya ialahUmmu Ruman, Habibah bt Khadijah yang meninggal selepas melahirkan Ummu Kalsum.


Isterinya tidak mengeluh dengan suaminya walaupun duit belanja yang diberikan sedikit.


3.3 KELUARGA UMAR AL-KHATTAB (AL-FARUQ)

Ada suatu kisah menceritakan, Al-Asiah setelah memeluk Islam merasakan tidak senang dengan namanya. Lalu beliau mengadu pada Umar. Beliau berkata pada suaminya, ‘aku merasa benci dengan namaku ini. Berikan aku satu nama baru’. Umar berkata padanya, kmu ‘jamilah’ (cantik). Beliau merasa marah dengan jawapan Umar. Akhirnya Umar memanggilnya Jamilah.


Umar (Al-Faruq) mengahwininya pada tahun ke-7 dan melahirkn Asim. Oleh itu, beliau lebih dikenali dengan Ummu Asim. Umar sangat menyayangi dan mengasihinya. Sekiranya Umar keluar solat, beliau akan mengiringinya dari tempat tidur hinggalah ke pintu dan sekiranya Umar hendak keluar, beliau akan menghantarnya dan kembali semula ke tempat tidur.


Manakala isteri Umar yang lainnya pula ialah Atikah bt zaid iaitu sepupu beliau sendiri. Mereka dikurniakan seorang anak bernama ‘Iyadh. Setelah Umar meninggal dunia, Atikah meratap kematian suaminya dengan mengalunkan syair yang indah:

Seorang yang penyayang kepada golongan marhain dan keras kepada lawan,

Sahabat yang dipercayai, tempat berlindung sewaktu dalam mara bahaya,

Tatkala berkata, tidak akan mendustai Allah swt dalam kata-katanya,

Cepat dan pantas dalam berbuat kebaikan.


Beliau juga ada b’syiar;

Pelindung manusia dan penolong dalam kesusahan,

Peringan beban bagi orang yang ditimpa musibah dan bagi orang yang malang,

Katakanlah kepada mereka yang menderita dan sengsara,

Matilah kmu,

Kerana maut telah memberikan gelas kematian kepadanya.


3.4 KELUARGA UTHMAN BIN AFFAN (DZIN NURAIN)

Sayyidina Uthman pernah mengahwini lapan orang isteri yang kesemuanya dikahwini selepas kedatangan Islam. Antara isteri beliau ialah:


Na’ilah binti Al-Farafisah Al-Kalbiyah: Beliau sebenarnya beragama Kristian. Apabila memeluk Islam, Uthman lalu mengahwininya pada tahun 28H. Mereka di kurniakan seorang anak perempuan iaitu Maryam As-Sughra. Dia seorang muslimah yang warak dan bertaqwa. Aisyah r.a pernah menceritakan bahawa semasa rumah Uthman dikepung dan diserbu, Na’ilah ada bersama Uthman untuk mempertahankan suaminya tetapi jari tangannya habis terputus terkena libasan pedang Sudan bin Humran yang mahu menetak Uthman.


BAB 4

KEHANCURAN INSTITUSI RUMAHTANGGA

4.1 PENGENALAN KEHANCURAN INSTITUTE RUMAH TANGGA.

Masyaallah! Bergegar arasy Allah Subhanahu wa Ta’aala!

Kisah di atas adalah di antara kisah paling pelik yang pernah berlaku, tentang mudahnya pasangan hari ini memutuskan ikatan perkahwinan. Hanya kerana masalah ubat gigi, ikatan akad ; “aku terima nikahnya” boleh terbubar begitu sahaja.


Padahal, ada di antara pasangan yang baru berkahwin seminggu, atau sudah dua puluh tahun bersama, juga antara yang terbanyak menfailkan penceraian di mahkamah. Ini menunjukkan bahawa faktor masa juga sudah tiada makna.Seminggu, sepatutnya masih hangat dengan bulan madu. Tetapi talak jatuh dengan begitu mudah. Dua puluh tahun, sepatutnya sudah begitu saling serasi lagi memahami. Tetapi talak jatuh bagi semua itu tiada ertinya lagi.


Kehancuran institusi rumahtangga masyarakat kita semakin membimbangkan. Kita itu adalah kita yang Muslim iaitu seorang Melayu yang Muslim. Penceraian umpama sudah menjadi asam garam dalam kehidupan masyarakat sekaramg.. Daripada artis hingga kepada orang kebanyakan. Bercerai dan meruntuhkan masjid yang dibina, sudah menjadi perkara enteng bagai tidak punya sebarang harga dan makna, sehinggakan seringkali timbul fikiran di benak bahawa adakah perkahwinan itu adalah sesuatu yang perlu dipermainkan.


Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kesengsaraan sosial ini ialah hilangnya daya kawalan diri. Bacalah apa sahaja buku motivasi, ceramah yang hebat-hebat, tips yang bersusun tersenarai, segalanya hilang daripada pertimbangan apabila manusia hilang kawalan diri. Hilang kawalan diri juga boleh disifatkan dengan kurangnya sifat sabar dalam diri.

4.2 : ERTI GAGAH YANG SEBENAR

Renungkan pesanan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Bukanlah dikatakan gagah itu orang yang kuat bergusti. Akan tetapi, yang dikatakan gagah itu ialah orang yang dapat memiliki (mengawal) dirinya ketika marah[32]


Umpamanya, juara gusti gagal mempertahankan rumahtangganya jika gagahnya hanya pada menumpaskan musuh di gelanggang, tetapi tidak pada daya kawalan diri yang tinggi semasa baran menguasai emosi.


Seorang CEO juga tidak mampu menyelamatkan rumahtangganya yang hanya ada satu perempuan dan dua remaja, sedangkan dirinya begitu sukses mentadbir sebuah syarikat yang ada 500 orang pekerja. Segalanya gara-gara hilang kawalan diri.


Justeru itu, Sunnah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperlihatkan bagaimana khutbah nikah dibina dengan tiga petikan ayat al-Quran yang setiap satunya menyentuh soal ‘takwa’. Membina rumahtangga dengan taqwa itu bukanlah sesuatu yang mudah. Bahkan,ia adalah sendi terpenting dalam menjaga kesejahteraan rumahtangga yang belayar dengan indah dan payah.

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qà)®?$# ©!$# ¨,ym ¾ÏmÏ?$s)è? Ÿwur ¨ûèòqèÿsC žwÎ) NçFRr&ur tbqßJÎ=ó¡B ÇÊÉËÈ

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.[33]


$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qà)®?$# ãNä3­/u Ï%©!$# /ä3s)n=s{ `ÏiB <§øÿ¯R ;oyÏnºur t,n=yzur $pk÷]ÏB $ygy_÷ry £]t/ur $uKåk÷]ÏB Zw%y`Í #ZŽÏWx. [ä!$|¡ÎSur 4(#qà)¨?$#ur ©!$# Ï%©!$# tbqä9uä!$|¡s? ¾ÏmÎ/ tP%tnöF{$#ur 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3øn=tæ $Y6ŠÏ%u ÇÊÈ

Maksudnya:Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [34]


$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# (#qä9qè%ur Zwöqs% #YƒÏy ÇÐÉÈ ôxÎ=óÁムöNä3s9 ö/ä3n=»yJôãr& öÏÿøótƒur öNä3s9 öNä3t/qçRèŒ 3 `tBur ÆìÏÜム©!$#¼ã&s!qßuur ôs)sù y$sù #·öqsù $¸JŠÏàtã ÇÐÊÈ

Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara), supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.[35]


4.3 : ERTI TAQWA

Ungkapan dialog di antara Ubay bin Ka’ab dengan Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhuma:

Maksudnya :“Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallaahu ‘anhuma tentang taqwa. Lalu Ubay menjawab (dengan bertanya soalan):,”Pernahkah engkau lalu di jalan yang banyak duri?” Umar menjawab, “Sudah tentu!” Ubay bertanya, “Justeru apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab, “Aku akan mengangkat sedikit kainku dengan aku akan melangkah dengan berhati-hati.” Ubay berkata, “Itulah yang dimaksudkan dengan taqwa.”

Jelas sekali perumpamaan yang diberikan oleh Ubay kepada Umar.


Andai kata taqwa itu diterjemahkan ke dalam konteks sebuah rumahtangga, ia seumpama daya melangkah dan memandu diri yang baik dalam menempuh segala onak dan duri serta liku-liku perjalanan sebuah rumahtangga. Melangkah dengan berhati-hati, yakni hasil suatu daya kawalan diri yang baik.


Kata seorang isteri, “saya benci dengan sikap abang yang mendiamkan diri. Kalau abang dah tak sudi dengan saya!” Berhenti ! Jangan dihabiskan ayat itu.


Wahai para isteri, belajarlah dirimu untuk mengawal diri dengan baik. Jangan diikutkan perasaan yang sedang panas dan bergejolak itu. Jangan terlalu mudah meminta dilepaskan. Jangan engkau mudahkan dan ringankan mulutmu untuk meminta cerai


Namun dari satu sudut, jika hilang kawalan diri itu banyak berlaku di kalangan sang isteri, sekurang-kurangnya ada ruang untuk kita memahaminya. Mereka insan yang kaya perasaan. Emosinya bagai lautan. Justeru hilang pertimbangan itu memang mudah terjadi. Mulut yang mudah meminta cerai itu, janganlah para suami tidak bersedia untuk mendepaninya. Akan tetapi, bagaimana pula jika suami pun emosi sama?


Terlalu mudah hilang pertimbangan, melenting, sama ada kerana tekanan hidup yang berat, atau ego yang menggunung. Sesungguhnya kejantanan seorang lelaki itu bukanlah keutamannya pada misai melintang, badan berbulu atau suara garau ala-ala Suhaimi Mior Hasan. Kejantanan besar seorang lelaki itu adalah pada kuatnya daya kawalan diri, dalam mengemudi kehidupan, khususnya dalam melayari bahtera rumahtangga. Akan tetapi,buat para suami, biasakanlah dirimu dengan berfikir panjang. bertenang. Bertindak dengan pertimbangan rasional dan yang pasti, bukan emosional.


4.4 : RAMADHAN DENGAN HIKMAHNYA

Besarlah khasiat Ramadhan dalam membantu kita menyelamatkan rumahtangga.

Rumahtangga yang sendinya adalah TAQWA, bukankah Ramadhan datang untuk itu?

$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs?ÇÊÑÌÈ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah difardhukan ke atas kamu sebagaimana ia telah difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa[36]


“Ya Allah, sayang sungguh engkau terhadap kami, hambamu.” Sayangnya Allah kepada kita, diberikan-Nya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai ketakwaan. Bekalan untuk kesejahteraan hidup, kesejahteraan perkahwinan dan rumahtangga.

Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkat nilai taqwa?

Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran.

Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan.


Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata ‘tidak’ kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat meningkatkan daya kawalan diri! Kawalan kehendak-kehendak sendiri untuk selamatkan diri, rumahtangga, anak dan bini. Itulah erti ketakwaan yang sebenar…


4.5 : HAMBA KEPADA DIRI SENDIRI

Apabila seseorang itu tidak mampu untuk berkata ‘tidak’ kepada sesetengah kemahuan dirinya, ia menjadi bencana yang amat membinasa. Renunglah firman Allah:

|M÷ƒuätsùr& Ç`tB xsƒªB$# ¼çmyg»s9Î) çm1uqyd ã&©#|Êr&ur ª!$# 4n?tã 5Où=Ïæ tLsêyzur 4n?tã ¾ÏmÏèøÿxœ ¾ÏmÎ7ù=s%ur Ÿ@yèy_ur 4n?tã ¾ÍnÎŽ|Çt/ Zouq»t±Ïî `yJsù ÏmƒÏöku .`ÏBÏ÷èt/ «!$# 4 Ÿxsùr& tbr㍩.xs? ÇËÌÈ

Maksudnya: “Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”[37]


Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia ini telah mengangkat nafsunya sebagai tuhan! Siapakah golongan itu? Iaitulah golongan yang tidak mampu berkata ‘tidak’ kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya sendiri.


Bagi yang tidak mampu mengawal diri., dia menjadi hamba, kepada kepentingan dirinya sendiri, semata-mata.Manusia sebegini, biar pun ilmunya banyak, ilmu itu menjadi lumpuh kerana segala-galanya bukan lagi atas keputusan ilmu tetapi di atas keputusan kemahuan diri yang tidak terkawal itu.


Profesor, ustaz, ahli pemikir dan lain-lain bijak pandai tumbang dalam pergelutan nafsu, apabila ilmu gagal melepaskan dirinya daripada dorongan kemahuan diri yang mengundang binasa.


Di sinilah datangnya hikmah Ramadhan. Puasa dan segala pakejnya mengajar kita untuk mampu mengawal diri. Mampu berkata ‘tidak’ kepada diri sendiri, tatkala apa yang dimahukan itu, mudharat dan bukan lagi manfaat!


4.6 : TENANG DALAM PROVOKASI

“Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa” [38]

Secara khusus di bulan Ramadhan ini, andaikata kita terperangkap dalam satu situasi yang sangat mengajak kepada berasapnya kepala dengan kemarahan, tindakan yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah melepaskan kejadian itu tanpa perlu membalas atau melawan. Cukup sekadar diluahkan dengan kenyataan, “sesungguhnya aku berpuasa!”Bukan mahu memangsakan diri, akan tetapi belajar untuk mengawal diri. Teladan inilah seni terbesar dalam mengawal kelangsungan sebuah rumahtangga.


Jangan semua leteran mahu dibalas dengan leteran. Jangan semua cakap menghina mahu dibalas dengan penghinaan. Jangan semua tingkah laku yang menimbulkan kemarahan itu dibalas dengan kemarahan. Belajarlah mengawal diri, belajarlah untuk tidak melatah dan jangan bertindak mengikut rangsangan. Semoga dengan hikmah Ramadhan, kuranglah pertengkaran. Kurangnya pergaduhan, kuranglah penceraian.


1 comment:

hUffAz iNSaniAh.. said...

Post by: Ku Hawa Bt Ku Abdul Hamid

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...