Friday, October 24, 2008

BAB ISTI'ADZAH

1.Makna isti’adzah iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Iaitu meminta atau memohon perlindungan Allah daripada syaitan.

2.Terdapat 3 sighah isti’adzah iaitu :

1-أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
2-أعوذ بالله السميع العليم من الشيطﺎﻦالرجيم
3-أعوذ بالله من الشيطان

3.Persepakatan Qura’ mengatakan Rasulullah S.A.W tidak menambah pada sighah اعوذ بالله من الشيطا ن الرجيم akan tetapi adalah dhaif. Dan sahihnya yang diriwayatkan Abu Daud daripada hadis Abi Said Alkhudri R.A mafhumnya : dalam bangun malam Rasulullah S.A.W berkata:

الرجيم من همزه ونفخه ونفشه اعوذ بالله السميع العلبم من الشيطان

4.Dalam kitab Hadis membahaskan daripada darjat-darjat Hadis dan dalil-dalil isti’adzah. Dalam kitab Qiraat pula membahaskan tentang bacaan kuat dan perlahan. Manakala dalam kitab feqah pula membahaskan adakah disuruh, sunat atau wajib.

5.Sesetengah pendapat mengatakan seluruh Qura’ membaca isti’adzah dengan perlahan pada awal surah al-fatihah kecuali Hamzah.

6.Diriwayatkan pula bahawa Nafi’ membaca isti’adzah dengan perlahan bagi seluruh permulaan al-Quran.

7.Yang sahihnya seluruh Qura’ menyatakan :

1)tempat yang diperlahankan isti’adzahnya :
-apabila qari membaca perlahan samada seorang diri atau ramai.
-apabila membaca dalam solat jahar atau sir.
-apabila dalam keadaan sembunyi.
-apabila membaca ditengah jemaah tadarus al-Quran bukan orang pertama.
2)selain daripada tempat tersebut diharuskan membaca kuat.

8.Pengulangan isti’adzah :

1)tidak perlu mengulangi isti’adzah apabila dalam bacaannya mendatang darurat
seperti batuk, atau percakapan berkaitan dengan qiraat.
2)perlu mengulangi isti’adzah apabila percakapan terkeluar daripada bacaan atau
menjawab salam.

9.a)Wajah isti’adzah :
- berhenti isti’adzah pada basmallah dan pada awal surah.
- berhenti isti’adzah pada basmallah dan menyambung basmallah dengan awal surah..
- sambung isti’adzah dengan basmallah dan berhenti pada awal surah.
- sambung isti’adzah dengan basmallah dan awal surah.

b) Terdapat 2 cara membaca isti’adzah diawal surah at-taubah :
-berhenti pada isti’adzah kemudian meneruskan bacaan.
-menyambung isti’adzah dengan awal surah.



DISEDIAKAN OLEH:RAHIMAH BT SALLEH

No comments:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...