Friday, October 24, 2008

BAB 2 HAMZAH DALAM 2 KALIMAH..

1)Abu Amru menggugurkan hamzah pertama dari dua hamzah qata’ yang berdekatan pada
kalimah kedua yang bersambung dengan syarat kedua-duanya sama baris.
-Fathah : جاء أمرنا
-Kasrah : هؤلاء ءان
-Dhommah : أولياء أولئك

2)Huruf mad yang sebelum hamzah pertama ada dua wajah :
i) qosor 2 harakat.
ii) pertengahan 4 harakat.

3)Qalun dan Bazzi bersepakat menggugurkan hamzah pertama ketika kedua-duanya fathah
جاء أحدكم :
-Alif sebelumnya dibaca dengan dua wajah :
i) Qosor 2 harakat.
ii) Pertengahan 4 harakat.

4)Bagi Qalun dan Bazzi pada selain alif terbahagi kepada 2 :
i) ketika kedua-duanya kasrah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan ya’
(هؤلاء ءان)
ii) ketika keua-duanya dhommah hamzah pertama ditashilkan diantara hamzah dan
wau أولياء أولئك)

5)Setengah ahli qura’ selain Qalun dan Bazzi mengibdalkan hamzah pertama kepada wau
kemudian mengidghamkn wau pertama yang sebelumnya pada lafaz (بالسوء ءالا ما رحم)
menjadi بالسّوّ ءالا)

6)Setengah yang lain mentashilkan hamzah pertama diantara wau seperti asal kaedah Qalun
dan Bazzi pada hamzah yang kedua-duanya kasrah ءالا kepada :
i) Qosor 2 harakat.
ii) Pertengahan 4 harakat.

7)Tidak khilaf dalam meringankan lafaz (بالسؤ ءالا ما رحم ءالى) tersebut bagi Qalun dan
Bazzi dengan menutup dan mengunci bahkan tersebar dengan membuka dalam buku qiraat.

8)Warsh dan Qunbul pada hamzah kedua ketika kedua-duanya bersepakat baris dalam dua
kalimah kepada tiga jenis dengan dua wajah :
i) tahqiq hamzah pertama tashil hamzah kedua
- fathah diantara hamzah dan alif.
- kasrah diantara hamzah dan ya’.
- dhommah diantara hamzah dan wau.

ii) tahqiq hamzah pertama ibdal hamzah kedua huruf mad yang sesuai daripada jenis
baris sebelumnya.
- fathah kedua-dua ibdal kepada alif
- kasrah kedua-dua ibdal kepada ya’
- dhommah kedua-dua ibdal kepada wau

*Apabila ketika selepas hamzah kedua huruf sukun maka selepas mengibdalkan huruf mad
dan dimadkan dengan kadar 6 harakat (جاء أمرنا).
*Apabila selepasnya huruf berbaris maka dimadkan huruf mad ibdal daripada hamzah
kedua dengan kadar 2 harakat sahajaجاء أحدكم الموت) .

9)Wajah ketiga bagi Warsh ada dua hamzah dalam kalimah pada kalimah (هؤلاء ءان كنتم)
dalam surah al-baqarh dan pada kalimah(على البغاء ءان أردن) dalam surah an-nur
mengibdalkan Warsh ketika kasrah dengan ya’.

10)Diringkaskan bagi Warsh pada(هؤلاء ءان) kepada tiga wajah:
i) tashil hamzah kedua baina baina.
ii) ibdal hamzah huruf mad dimadkan dengankadar 6 harakat.
iii) mengibdalkan hamzah kepada ya’ kasrah.

Pada lafaz ( على البغاء ءان أرردن) empat wajah :
- tiga wajah pertama seperti pada lafaz(هؤلاء ءان).
iv) ibdal kedua huruf mad dimadkan dengan kadar 2 harakat.
.
11)Bagi Warsh pada kalimah(للنبي ءان أراد) dalam surah al-ahzab terbahagi kepada tiga
wajah :
i) tahqiq hamzah pertama dan mentashilkan yang kedua baina baina
ii) tahqiq hamzah pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada ya’yang mudah dimadkan.
dengan kadar 6 harakat.
iii) tahqiq hamzah pertama dan mengibdalkan yang kedua kepada ya’.

Adapun pada kalimah (من النساء ءان اتقيتن) bagi Warsh dan Qunbul tiga wajah yang disebut pada (للنبى ءان أراد) kecuali yang dkata pada wajah ketiga ya’ dimadkan dengan kadar 2 harakat menjadikan nun berbaris dengan kasrah diringkaskan daripada bertemu dua sukun.



DISEDIAKAN OLEH:WEBMASTER

No comments:

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GREATEST AND THE MOST MERCIFUL..

KUIN...

My photo
aLOr sTar,, kEdaH.., Malaysia
HADITH:: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

QUraNiC gEneS...

QUraNiC gEneS...